CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 1

[Pulau Pinang] PH Pulau Pinang sudah ada kata putus pembubaran DUN

[Copy link]
Post time 11-10-2022 02:48 PM | Show all posts |Read mode
PH Pulau Pinang sudah ada kata putus pembubaran DUN

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 11, 2022 @ 1:47pm  [email protected]






GEORGETOWN: Majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mencapai kata putus berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan serentak dengan PRU15.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang masih 'mengunci mulut' berhubung kata putus yang dicapai berkata setiap wakil parti akan merujuk keputusan itu kepada pimpinan pusat masing-masing.

"Parti AMANAH dan PKR saya percaya ada mesyuarat masing-masing dan mungkin Majlis Presiden PH akan bermesyuarat pada Rabu.

"Dalam tempoh pilihan raya setiap hari boleh diadakan beberapa jenis mesyuarat bagi mencapai keputusan bagi menggerakkan langkah seterusnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat PH Pulau Pinang di Wisma DAP di sini, hari ini.

Kon Yeow ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung pendirian tidak membubarkan DUN berkata setakat ini pendirian tersebut masih sama namun tetap akan merujuk hasil perbincangan bersama PH negeri dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) malam ini.

"Ketetapan sebelum ini memang tak bubar tetapi kita akan rujuk kepada pimpinan pusat untuk arahan keputusan dan semua akan dihujahkan dalam mesyuarat (DAP) peringkat pusat nantilah, malam ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata PKR Pulau Pinang kekal dengan pendirian tidak membubarkan DUN sejajar keputusan Majlis Presiden PH sebelum ini.

Beliau mengakui keputusan itu mempunyai 'pro dan kontra' dalam beberapa aspek namun perbincangan mengenainya telah diputuskan pada peringkat pusat.

"Semalam saya menghadiri mesyuarat khas PKR di Petaling Jaya dan memang Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata tidak bubar jadi pendirian PKR Pulau Pinang sama dengan pendirian peringkat nasional.

"Ya, ia ada 'pro dan kontra' tapi keputusan akhir kita ikut pusat. Memang kata bazir masa apa semua tapi kita perlu hormat keputusan yang dibuat pusat untuk tidak bubar," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, senarai calon PKR Pulau Pinang yang bakal bertanding di kerusi Parlimen hampir dimuktamadkan terdiri daripada empat kawasan iaitu Balik Pulau, Bayan Baru, Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

"Kita sudah hampir memuktamadkan calon dan ia membabitkan calon Parlimen sahaja. Saya rasa Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli sudah sediakan semua dan keputusan akhir akan dibuat oleh presiden," katanya.








sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2022 02:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.087530 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list