CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Kedah] Hanya tiga jam dapat menoreh

[Copy link]
Post time 11-10-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Bakar dan isterinya menjaga anak mereka yang menghidap kanser otak tahap empat di Kampung Bukit Kuala Kuang, Kupang, Baling baru-baru ini.


    Oleh NORLIA RAMLI
    11 Oktober 2022, 8:35 am


BALING – Sepasang warga emas tabah menjaga anak lelaki mereka berusia 38 tahun yang terlantar akibat penyakit kanser otak tahap empat sejak awal tahun ini.

Menurut Bakar Taib, 63, dia dan isteri, Hamtiah Chik, 72, yang mengalami masalah pendengaran perlu menguruskan Hasrolnizan.

Katanya, sebelum disah­kan menghidap kanser, Hasrolnizan kerap mengadu sakit kepala yang teruk dan se­ring pengsan selain penglihatan menjadi kabur.

“Tidak lama selepas itu, dia menjadi kejang seperti dalam keadaan nazak dan terus dikejarkan ke Hospital Daerah Baling.

“Memandangkan keadaannya agak serius, dia dirujuk ke Hospital Kulim dan Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan menghidap kanser otak tahap empat,” katanya di rumahnya di

Kampung Bukit Kuala Kuang, Kupang di sini baru-baru ini.

Bakar berkata, anaknya kemudian menjalani pembedahan pada kepala dan menerima rawatan di HPP selama dua bulan untuk pemantauan dengan tahap kesembuhan 50 peratus sahaja.

“Kami membawanya pulang ke rumah dan berulang-alik ke HPP selama enam kali untuk ra­watan kemoterapi, namun kea­daannya masih tidak berubah.

“Dia kini hanya terlantar dan badannya tidak boleh bergerak serta hilang ingatan dan penglihatan,” ujarnya.

Kata Bakar, dua anak lelaki Hasrolnizan yang berusia 14 dan 16 tahun kini berada di asrama sekolah dan kos pengajian ditanggung bekas isteri dan adik-beradik lain.

“Saya tidak mampu lagi be­kerja, kadangkala jika keadaan Hasrolnizan agak baik dan cuaca elok, saya berani tinggalkannya untuk pergi menoreh, itu pun hanya selama tiga jam.

“Saya hanya harap bantuan anak-anak ke­rana hasil menoreh hanya RM10 sehari, sedangkan perbelanjaan perubatan, susu khas, ubat serta lampin pakai buang Hasrolnizan dan kos per­belanjaan ulang-alik ke HPP lebih RM800 sebulan,” ujarnya.

Katanya, dia juga tidak boleh keluar menoreh dalam tempoh lama kerana isterinya mengalami masalah pendengaran.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh meng­hubungi Bakar di talian 011-1050 2958 atau melalui akaun Bank Rakyat 22-004-141923-4 atas nama Bakar Taib.
https://www.kosmo.com.my/2022/10/11/hanya-tiga-jam-dapat-menoreh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.418415 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list