CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Kedah] Bimbang REE cemar alam

[Copy link]
Post time 11-10-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode

proses pengekstrakan nadir bumi di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik dikhuatiri menjejaskan sumber air dan alam sekitar kerana tidak melalui kajian Impak Alam Sekitar. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN


SIK: Kegiatan haram melombong unsur nadir bumi atau rare earth element (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang di sini dikhuatiri mencemarkan alam sekitar dan sumber air ekoran ia tidak melalui proses kajian Impak Alam Sekeliling (EIA).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, apa jua kerja-kerja tanah akan memberi risiko berlakunya sedimentasi dan haki­san yang menyebabkan sungai menjadi kotor.

Katanya, itu belum mengambil kira proses pengekstrakan REE yang mungkin menggunakan bahan kimia tertentu selain proses pencucian yang menjejaskan kualiti air sungai.

“Memang kita khuatir berlaku pencemaran alam sekitar kerana kalau ada EIA pun kita bimbang, apatah lagi kegiatan haram ini yang sudah tentu tidak melalui proses wajib itu .

“Di sini, timbulnya persoalan dari segi penguatkuasaan jabatan berkaitan kerana difahamkan kegiatan ini sudah lama berlaku,” katanya semalam.


MEOR RAZAK MEOR ABDUL RAHMAN

Dalam tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini, terdapat satu saliran panjang dari khemah dipercayai berfungsi sebagai tempat mengurus kegiatan haram terbabit menghala ke kawasan lebih rendah sehingga menghubungkan sebatang anak sungai.

Meor Razak berkata, kerajaan negeri perlu tegas dalam mengambil tindakan terhadap kegiatan itu yang dilakukan di dalam kawasan hutan simpanan kekal (HSK) kerana melanggar undang-undang.

“Apabila berstatus HSK bermakna segala penguatkuasaan dan pemantauan perlu dilakukan oleh agensi yang sepatutnya iaitu Jabatan Perhutanan.

“Sepatutnya, tuan tanah lebih maklum apa yang berlaku sama ada dibuat ladang hutan atau kerja perlombongan sampingan yang sepatutnya awal-awal boleh diambil tindakan kerana kita dimaklumkan laporan pencerobohan itu telah lama dibuat penduduk,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... g-ree-cemar-alam-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.322167 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list