CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Pulau Pinang] BN, GERAKAN Pulau Pinang gesa kerajaan negeri bubar DUN

[Copy link]
Post time 10-10-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
BN, GERAKAN Pulau Pinang gesa kerajaan negeri bubar DUN


Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 10, 2022 @ 5:26pm[email protected]




Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir. - Foto BERNAMA




GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pemilihan wakil rakyat dilakukan serentak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata pembubaran serentak itu menjimatkan kos dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Dalam keadaan ekonomi baru kembali rancak, kita rasa baik DUN dibubarkan serentak supaya tiada kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan bagi melaksanakan PRN.

"Bagaimanapun, jika kerajaan negeri masih enggan membubarkan DUN ia secara tidak langsung menunjukkan kuasa mereka dalam pemerintahan negeri.

"Sejak awal lagi mereka (kerajaan Pakatan Harapan) tak setuju pembubaran Parlimen, jadi mereka guna kuasa yang ada di negeri untuk menunjukkan tentangan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, semua parti harus menerima hakikat pembubaran Parlimen susulan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Memang kita tak setuju Parlimen dibubarkan kerana rakyat baru hendak memulakan kehidupan selepas pandemik COVID-19, selain faktor kos sara hidup ketika ini.

"Tetapi jika kita buat PRU-15 dan PRN secara berasingan ia akan menelan kos yang besar kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat dua kali perbelanjaan," katanya dalam satu kenyataan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 1.060838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list