CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Pulau Pinang] UMNO Pulau Pinang jangka tanding lebih kerusi pada PRU-15

[Copy link]
Post time 9-10-2022 10:23 PM | Show all posts |Read mode
UMNO Pulau Pinang jangka tanding lebih kerusi pada PRU-15

Oktober 9, 2022 @ 9:38pm



Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir. Foto Bernama



BUTTERWORTH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menjangka an parti itu akan memperoleh lebih kerusi untuk ditandingi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berbanding PRU lalu.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam berkata, ini kerana kerusi ditinggalkan parti GERAKAN akan diisi oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ada.

"Keputusan untuk mengisi kerusi GERAKAN akan diputuskan pucuk pimpinan dalam BN dan saya berharap UMNO akan diberi peluang bertanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Pada PRU-14, BN Pulau Pinang bertanding di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 kerusi Parlimen dengan GERAKAN di 13 DUN serta empat Parlimen; UMNO (15 DUN, lima Parlimen), MCA (10 DUN, empat Parlimen) manakala MIC di dua DUN.

Pada 23 Jun 2018, GERAKAN secara rasmi keluar daripada BN susulan kekalahan gabungan itu pada PRU-14 dan menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Februari tahun lalu. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.062466 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list