CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kembar 3 teruja sambung pengajian di USM

[Copy link]
Post time 8-10-2022 02:34 PM | Show all posts |Read mode

Georgetown: Tiga beradik kembar yang tidak pernah berpisah sejak kecil bersyukur kerana dapat bersama-sama menyambung pengajian dalam jurusan Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Mohamed Azwan, 22, Mohamed Azmin, dan Mohamed Azrul juga adalah penuntut cemerlang dengan masing-masing meraih 3.71, 3.69 dan 3.55 ketika menuntut dalam Diploma Perakaunan di Politeknik Seberang Perai dekat sini.

Anak kepada pasangan Dawlath Mohamed Ahmad, 57, dan Nasirabanu S Inayadulla, 53, itu juga berkongsi cita-cita sebagai pendidik selain meminati matapelajaran sama iaitu perakaunan serta matematik.


Mohamed Azmin yang juga anak sulung berkata, mereka yang mempunyai dua abang turut aktif dalam sukan bola sepak dan olahraga serta menyifatkan keakraban ikatan yang terjalin sukar dipisahkan, ia ibarat isi dengan kuku.

"Alhamdulillah, kami juga ditempatkan di asrama yang sama iaitu Desasiswa Restu dengan saya dan Azrul akan tinggal sebilik manakala bilik Azwan bersebelahan saja.

"Kami memang tidak pernah berpisah sepanjang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Permai, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda hingga di politeknik. Cuma kelas saja yang berlainan.

"Tiada pula istilah jemu asyik 'berkepit'kerana ikatan kami memang kuat, ada kalanya jatuh sakit pada masa yang sama," katanya ditemui media di kampus USM hari ini.



DR Narimah (kiri) berbual bersama tiga beradik kembar Mohamed Azwan, Mohamed Azrul,Mohamed Azmin selepas sidang media khas mengenai kemasukan pelajar baru di Dewan Utama Pelajar (C) di USM, Pulau Pinang.FOTO Mikail Ong

Mohamed Azmin berkata, bapa mereka adalah guru tuisyen matapelajaran bahasa Melayu, matematik dan sains manakala ibu pula suri rumah.

Katanya, menjadi impian mereka tiga beradik itu sejak di bangku sekolah untuk menyambung pengajian di USM yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di Bayan Baru di sini.

"Kami bersyukur kerana diberi rezeki dan peluang untuk sentiasa bersama-sama dan saling bantu membantu walaupun sedar keadaan ini tidak akan kekal selamanya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM Prof Datuk Narimah Samat berkata, 4,283 calon lepasan matrikulasi, asasi, diploma dan setaraf menerima tawaran mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di USM bagi kemasukan sidang akademik 2022/2023.

Beliau yang menjalankan fungsi tugas Naib Canselor USM berkata, USM turut menyediakan 1,000 kit keperluan asas percuma kepada penuntut baharu kelompok B40 bagi meringankan beban kewangan mereka.

"Kit keperluan asas ini merangkumi selimut, cadar, bantal, baldi, beg kanvas dan keperluan lain bagi memudahkan penuntut baharu memulakan kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi di USM," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jian-di-usm-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.854027 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list