View: 605|Reply: 0
|
Bruyne jangka Foden akan capai tahap prestasi baharu
[Copy link]
|
|
Bruyne jangka Foden akan capai tahap prestasi baharu
FODEN (kanan) memegang bola perlawanan sambil berbisik dengan Haaland selepas kedua-duanya menjaringkan hatrik ketika menewaskan Manchester United 6-3, Ahad lalu. FOTO Reuters
London: Kevin De Bruyne menjangka Phil Foden akan mencapai tahap baharu selepas bintang Manchester City itu dibenarkan memikul peranan penting dalam karier bola sepaknya.
Foden melakukan hatrik ketika City menang 6-3 ke atas musuh setempat, Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.
Jaringan gol penyerang England itu di Stadium Etihad itu menyerlahkan prestasi hebat keseluruhannya untuk meletakkan dirinya sebagai antara pemain penting bagi City.
Pada ketika Erling Haaland turut meledak hatrik untuk meneruskan prestasi hebatnya, jentera depan City dilihat lebih menggerunkan berbanding musim lalu.
Tetapi, De Bruyne yang juga pemain tengah City berkata, banyak lagi yang terbaik mampu dihasilkan Foden, yang kini bermain di bahagian sayap dalam pasukan bimbingan Pep Guardiola.
Bintang Belgium itu percaya Foden, 22, akan semakin menyerlah bersama kematangannya dan muncul sebagai antara punca kreativiti utama City iaitu peranan yang kini dipikul De Bruyne.
"Dia baru berusia 22 tahun. Saya tahu, ketika berusia 22 tahun, saya bukan pemain seperti sekarang," kata De Bruyne.
"Dia cukup bagus, jadi dia cuba mencari aksi konsisten. Dia bermain dengan prestasi sukar dipercayai buat kami dan dia akan berada di sana untuk tempoh yang panjang."
De Bruyne berkata, Foden berbakat besar untuk bermain di beberapa posisi dan menjangkakan akan beraksi di bahagian tengah apabila kariernya semakin berkembang.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hap-prestasi-baharu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|