View: 302|Reply: 0
|
[Kedah]
Mayat lelaki berseluar pendek hitam ditemukan terapung
[Copy link]
|
|
ANGGOTA polis memeriksa mayat yang ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir. FOTO Ihsan APMM.
Langkawi: Mayat lelaki yang hanya berseluar pendek hitam tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Pulau Pasir di sini, hari ini.
Mayat ditemui oleh orang awam, sebelum dimaklumkan kepada pihak polis pada 10.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya kemudian memaklumkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Mayat diambil APMM dan dibawa ke pangkalan Maritim Malaysia di Bukit Malut, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Mayat dipercayai warga asing itu kemudian dirujuk ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Shariman berkata, mangsa dipercayai sudah meninggal antara satu hingga dua hari berikutan mayat mula mengembang.
"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan dikesan di badan si mati," katanya.
Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa dalam kenyataan berkata, sebuah bot ronda yang dalam rondaan rutin dihantar ke lokasi penemuan mayat.
"Kedudukan sebenar ketika anggota mengambil mayat adalah di 0.6 batu nautika timur Tanjung Kemarong.
"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ditemukan-terapung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|