CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 779|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rasuah di Pulau Pinang perlu segera dicegah

[Copy link]
Post time 30-9-2022 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Rasuah di Pulau Pinang perlu segera dicegah

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN30 September 2022 02:37pm






Laporan Sinar Harian pada Khamis.




GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang diharapkan tidak terlalu defensif dan menerima kenyataan secara positif berhubung pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap masalah rasuah dan salah guna kuasa di negeri itu.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam kenyataan mereka pada Jumaat mengharapkan agar kerajaan Pulau Pinang dapat mengatur pelbagai langkah bagi memastikan masalah rasuah dapat dicegah dengan segera dari terus merebak di negeri ini.

"MCW berpendapat bahawa kenyataan KP SPRM pasti mempunyai asas dan berfakta.

"Pelbagai kes yang telah dilaporkan pastinya sedang disiasat dengan teliti dan ada yang telah dan akan dibawa ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, MCW berpendapat masalah rasuah adalah masalah sejagat terutamanya di negeri yang maju kerana peruntukan atau jumlah perbelanjaan yang besar pasti akan membukan ruang dan peluang untuk berlakunya rasuah.

Jelasnya, keadaan ekonomi yang berkembang pesat di Pulau Pinang adalah antara faktor penting yang mendorong rasuah semakin membimbangkan.

"MCW berharap SPRM meneruskan usaha yang agresif untuk membanteras rasuah di semua negeri demi memastikan masalah ini dikawal terutamanya dalam sektor awam.

"Segelintir penjawat awam kelihatan semakin berani melakukan rasuah akibat ketidakstabilan politik ketika ini.




"Hakikat rasuah di Malaysia termasuk di Pulau Pinang seperti kanser yang sedang merebak adalah rahsia umum yang telah diketahui oleh segenap lapisan rakyat," katanya.

Sementara itu, MCW juga berpendapat pelbagai kaedah pencegahan kelihatan kurang berkesan kerana ketamakan telah mengatasi prinsip kehidupan yang berintegriti.

Sebelum ini, Azam mendedahkan kesalahan menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam agak membimbangkan di Pulau Pinang.

Katanya, berdasarkan statistik SPRM, sebanyak 919 aduan diterima pihaknya berhubung kesalahan itu sejak 2019 hingga kini.

Berikutan kenyataan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menuntut SPRM agar lebih telus dalam mendedahkan jumlah kes yang dibawa ke mahkamah dan jumlah penjawat awam yang didapati bersalah atas kesalahan rasuah serta salah guna kuasa.

Kon Yeow berkata, ketelusan itu amat perlu kerana beliau tidak mahu imej penjawat awam Pulau Pinang dan kerajaan negeri tercemar hanya dengan jumlah aduan yang diterima sejak 2019.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.690481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list