CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Pulau Pinang] 14 ahli sindiket peras ugut video bogel ditahan

[Copy link]
Post time 29-9-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN dalam sidang akhbar berkenaan kejayaan polis menumpaskan beberapa sindiket jenayah di IPK Pulau Pinang, George Town hari ini.


GEORGE TOWN: Seramai 14 individu termasuk seorang warga emas yang dipercayai menjadi ahli sindiket pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel melalui media sosial ditahan menerusi operasi khas pada 16 September hingga 19 September lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kesemua individu berusia antara 23 hingga 60 tahun itu adalah warga tempatan dan ditahan di sekitar negeri ini, Johor, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

”Anggaran keseluruhan kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa sindiket ini adalah berjumlah RM306,101.

“Siasatan yang dijalankan mendapati suspek yang terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita ini adalah pemilik akaun yang digunakan oleh sindiket tersebut.

“Semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek-suspek ini mempunyai pelbagai kesalahan jenayah serta dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut beliau,  kesemua suspek itu akan menyalurkan wang yang diterima daripada mangsa ke dalam akaun milik mereka sendiri dan kemudian memindahkannya ke akaun lain milik sindiket.

”Operasi mengesan ahli lain sindiket ini dijalankan secara berterusan dan kita percaya ada suspek lain yang menjalankan kerja-kerja pemerasan terhadap mangsa,” katanya.
MELAYARI

Tambahnya, sindiket itu menggunakan modus operandi dengan menjadikan individu yang melayari laman sosial yang menawarkan perkhidmatan seks serta menggunakan aplikasi seperti Wechat, Facebook, WhatsApps, Michat dan Line sebagai mangsa.

“Mereka akan diajak untuk membuat panggilan video serta mempamerkan aksi lucah selain memperdaya mangsa untuk melakukan adegan lucah yang dirakam tanpa disedari mangsa.

”Kerugian yang paling tinggi dicatatkan di Pulau Pinang melibatkan jumlah RM69,000, dan ada di antara mangsa bekerja sebagai penjawat awam, pekerja swasta, penganggur dan lain-lain,” katanya.

Tambahnya, bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu sejumlah 76 laporan  diterima di seluruh Pulau Pinang melibatkan sindiket seperti itu.

“Dengan penahanan kesemua individu ini, polis percaya berjaya menyelesaikan sebanyak 12 kes di sekitar Pulau Pinang dan 27 kes yang masing-masing di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang serta Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, polis turut merampas 13 telefon bimbit pelbagai jenama, lapan keping kad ATM serta satu buku akaun dan suspek didapati bekerja pekerja swasta, suri rumah dan pelajar serta penganggur.- UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... ideo-bogel-ditahan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.175299 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list