CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua ladang babi dikesan positif ASF

[Copy link]
Post time 27-9-2022 11:28 AM | Show all posts |Read mode
JPV Pulau Pinang mempergiatkan pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial dan rumah sembelih, susulan pengesahan kejadian penyakit ASF di dua ladang babi komersial di daerah Kerian, Perak. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mempergiatkan pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial dan rumah sembelih, susulan pengesahan kejadian penyakit demam babi Afrika (ASF) di dua ladang babi komersial di daerah Kerian, Perak.

Dalam satu kenyataan, JPV Pulau Pinang memaklumkan pihaknya turut mengenal pasti lori pengangkut babi dari negeri ini yang telah mengangkut babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF itu untuk disekat pergerakannya.

Seterusnya, jabatan itu mengarahkan lori berkenaan untuk menjalani proses disinfeksi serta menyekat pengeluaran babi dari kesemua ladang babi yang telah mengangkut babi menggunakan lori haiwan itu.

    Selain itu, JPV Pulau Pinang juga mengeluarkan surat peringatan kedua kepada penternak untuk mengetatkan kawalan biosekuriti di ladang serta menjalankan disinfeksi ke atas semua kenderaan yang masuk dan keluar dari ladang.

"Pihak kami juga akan menjalankan pemeriksaan dari ladang ke ladang bagi memastikan penternak mematuhi arahan jabatan dan menjalankan kawalan biosekuriti di ladang," katanya.

Pihak JPV Pulau Pinang turut menasihatkan para penternak babi, doktor veterinar swasta, penyembelih, operator rumah sembelih, penangkap babi dan orang ramai untuk segera melaporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah jika terdapat sebarang kematian luar biasa, tanda klinikal disyaki penyakit berjangkit di ladang babi dan rumah sembelih; dan sebarang kematian babi hutan di kawasan sekitar. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/a ... dikesan-positif-asf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.136762 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list