View: 648|Reply: 0
|
Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia benam Sri Lanka 3-0
[Copy link]
|
|
Aliff Izwan tampil cemerlang selaku penyerang apabila meledak dua gol untuk membantu pasukan menewaskan Sri Lanka 3-0 sebentar tadi. - FOTO IHSAN AFC
PETALING JAYA – Peluang skuad bawah 19 (B-19) tahun negara untuk merebut tiket ke automatik kembali selepas menang 3-0 ke atas Sri Lanka pada aksi Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-20 2023 di Stadium MFF, Ulaanbaatar sebentar tadi.
Pada aksi tersebut, skuad kendalian Hassan Sazali Waras dilihat mendominasi penuh perlawanan pada awal permainan dan berjaya mendahului menerusi jaringan Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-30.
Jaringan tersebut berjaya menaikkan semangat barisan pemain B-19 untuk terus melakukan serangan, tetapi tiada tambahan gol terhasil selepas tamat babak pertama.
Bersambung pada separuh masa kedua, Malaysia semakin terdesak untuk menambah gol, tetapi usaha keras hanya terhasil menerusi ledakan Adam Farhan Faizal pada minit ke-70.
Skuad muda Harimau Malaya semakin agresif pada penghujung perlawanan dengan Aliff Izwan meledak gol kedua peribadi pada masa kecederaan untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik negara.
Keputusan 3-0 ini menyaksikan Malaysia berada di tangga kedua dengan mengutip empat mata, manakala Korea Selatan unggul dengan enam mata setelah menewaskan tuan rumah, Mongolia, 7-0 pada aksi terdahulu.
Skuad negara yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala AFF akan berdepan Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan, Ahad ini.
Hanya juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan di Uzbekistan tahun depan dan lima lagi slot akan diisi naib juara terbaik daripada 10 kumpulan dalam kempen kelayakan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... enam-sri-lanka-3-0/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|