View: 608|Reply: 0
|
Kedegilan Rangers tidak berbaloi
[Copy link]
|
|
Kedegilan Rangers tidak berbaloi
PEMAIN Napoli, Khvicha Kvaratskhelia (kanan) melakukan percubaan ke gawang Rangers.
Glasgow: Rangers enggan mematuhi arahan Uefa apabila mengumandangkan lagu "God save the King" manakala pemain mereka James Sands dibuang padang ketika kekalahan 0-3 kepada Napoli di Ibrox awal pagi tadi.
Kelab Scotland itu tidak mempedulikan arahan badan bola sepak Eropah yang menolak permintaan menyanyikan lagi kebangsaan sebelum perlawanan bagi menghormati Queen Elizabeth 11 yang bakal dimakamkan esok.
Namun kepulangan Rangers ke Liga Juara-Juara (UCL) kali pertama sejak 12 tahun bertukar mimpi ngeri apabila tewas kali kedua, kali ini kepada Napoli yang memanfaatkan peluang ke atas pasukan tuan rumah yang beraksi 10 pemain di babak kedua.
Segalanya berubah memasuki 10 minit separuh masa kedua apabila pemain Amerika Syarikat, Sands dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Giovanni Simeone dalam kotak penalti.
Namun penjaga gol Rangers berusia 40 tahun, Allan McGregor menyelamatkan dua penalti Piotr Zielinski selepas sepakan diarah semula.
Matteo Politano tidak membuat kesilapan apabila Napoli mendapat penalti ketiga ketika permainan berbaki 22 minit susulan bola terkena tangan Borna Barisic.
Ketika Rangers berusaha mencari gol penyamaan, kelab Itali itu kental menyerap asakan sebelum Giacomo Raspadori dan Glen Kamara melengkapkan kemenangan bergaya Napoli.
Keputusan itu membolehkan skuad Luciano Spalletti yang menewaskan Liverpool pada aksi pembukaan mengutip enam mata daripada dua perlawanan Kumpulan A manakala Rangers tercorot selepas dua kekalahan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gers-tidak-berbaloi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|