View: 779|Reply: 3
|
Kelantan FC dijangka ambil jurulatih asing
[Copy link]
|
|
Kelantan FC dijangka ambil jurulatih asing
Pemilik Kelab Bola Sepak TRW, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham (duduk tengah bertopi) bergambar bersama ahli jawatankuasa tertinggi dan penyokong yang juga pemilik saham TRW FC selepas sidang media di Hotel Zamburger, Kuala Lumpur, semalam. - Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Pasukan yang sedang mencabar kejuaraan Liga Perdana, Kelantan FC dijangka menerima sentuhan jurulatih asing bagi mengemudi The Red Warriors (TRW) untuk mengharungi saingan Liga Super musim depan.
Perkembangan itu disahkan pemilik pasukan, Norizam Tukiman yang mengakui akan ada perubahan di bahagian ketua jurulatih dengan jurulatih daripada beberapa negara sudah berada dalam radar mereka sebelum 'pinangan' boleh dihantar.
"Ada perubahan dari segi ketua jurulatih. Kita sedang pertimbangkan beberapa negara daripada Eropah dan juga Asia, mungkin daripada Korea Selatan ataupun Jepun.
"Tetapi tentunya saya perlu berbincang mengenai perkara ini dengan pengurusan bagi mendapatkan pandangan dan nasihat untuk menggunakan jurulatih yang mana satu," kata Norizam.
Pada musim ini, Kelantan FC menggunakan khidmat jurulatih tempatan yang juga bekas pemain kebangsaan, Rezal Zambery Yahya.
Namun Rezal yang ketika ini hanya memiliki lesen kejurulatihan A tidak menepati kriteria jurulatih Liga Super yang memerlukan mereka memiliki lesen kejurulatihan Pro A seperti ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Dalam perkembangan lain, Norizam juga memaklumkan pihaknya sudah menerima berita baik mengenai hasrat untuk membina stadium sendiri bagi kegunaan jaguh Pantai Timur itu.
"Kita tinggal untuk membina stadium. Stadium pun tidak besar, mungkin kecil kerana apa yang lebih penting adalah kita ada cita cita.
"Kita akan melawat satu tapak tanah 40 ekar di Kelantan tetapi saya tidak boleh sebut di kawasan mana kerana masih dalam proses memuktamadkan perkara itu dengan kerajaan negeri," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|