View: 718|Reply: 0
|
Gaduh Luar Stadium: ‘Budak Baju Hitam’ Cuba Sabotaj KLFA, KL City?
[Copy link]
|
|
Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menyifatkan insiden pergaduhan di luar stadium sejurus tamat final Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Zon ASEAN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin lebih bersifat sabotaj.
Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad berkata, badan induk itu sudah pun membuat satu laporan polis dan insiden itu lebih menjurus kepada usaha memburukkan imej KLFA dan Kuala Lumpur City FC (KL City).
Utusan
“Saya kecewa dan marah dengan peristiwa yang berlaku malam semalam, ada kes rusuhan golongan pengacau. Kita sudah buat laporan polis dan mahu nyatakan di sini, KL City, KLFA dan penyokong Kuala Lumpur tidak terlibat.
“Kita anggap ia peristiwa yang bertujuan memburukan KLFA dan KL City. Kita tidak menolak kemungkinan kumpulan pengacau upahan yang dilakukan oleh mereka yang dengki atau cemburu dengan kejayaan dicapai KL City.
“Agak malang dalam suasana usaha membangunkan KLFA dan KL City, ada pula peristiwa seperti ini dan kita tidak boleh kompromi. Mungkin kita akan senarai hitam mereka hampiri stadium,” katanya.
Pada perlawanan itu, skuad The City Boys muncul jaguh Asia Tenggara selepas membelasah kelab Indonesia, PSM Makassar 5-2.
Bagaimanapun, sambutan dan kemeriahaan kejayaan KL City itu dipalit selepas tercetusnya insiden pergaduhan penyokong di luar stadium dan kejadian berkenaan turut tular di media sosial.
Kejadian itu dikatakan berlaku di jalan utama bersebahan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Mengulas risiko yang mungkin bakal dikenakan kepada KL City, Khalid menjelaskan kejadian itu berlaku di luar kawasan namun pihaknya sedia mengemukakan rayuan sekiranya AFC membuat sebarang keputusan.
“Kalau kena denda, kita akan merayu. Kita nak perlawanan diadakan di stadium kita sebab kumpulan hooligan ini mungkin bermatlamatkan untuk memburukkan pasukan KL City.
“Kita rayu kepada AFC kerana tidak tidak pernah bertoleransi dengan kejadian yang dibuat oleh golongan berbaju hitam itu,” katanya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|