CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 0

Ibn Sayyad: Budak Lelaki Yang Dituduh Dajal Oleh Sahabat Nabi

[Copy link]
Post time 26-8-2022 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar atau membaca kisah mengenai Ibn Sayyad, seorang budak lelaki yang dituduh sebagai dajal oleh sahabat Rasulullah saw iaitu Umar al-Khattab. Safi ibn Sayyad adalah seorang budak lelaki yang dilahirkan dalam keluarga yahudi. Bapanya seorang pengamal sihir. Ibn Sayyad dikatakan mampu mengetahui apa yang terkandung dalam fikiran seseorang.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw dan Umar al-Khattab pernah bertemu dengan Ibn Sayyad bermain-main di kawaswn kubu Bani Maghalah. Ibn Sayyad tidak perasan akan kehadiran Rasulullah saw sehingga baginda menepuk belakangnya. Rasulullah saw bertanya kepada Ibn Sayyad adakah dia mengakui kerasulan baginda. Ibn Sayyad menyoal baginda semula, "Adakah engkau mempercayai aku adalah Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Aku beriman dengan Allah, malaikat dan kitab-kitabnya."

Dalam satu hadith sahih lain, Rasulullah saw  menguji Ibn Sayyad. Rasulullah bertanya kepada Ibn Sayyad, "Apa yang kau lihat?" Ibn Sayyad menjawab, "Aku melihat singgahsana di atas air. Rasulullah saw bersabda, "Kau melihat singgahsana iblis di atas laut." Baginda melanjutkan pertanyaan," Apa yang kau lihat?" Ibn Sayyad menjawab, "Dua orang yang jujur dan seorang pendusta atau dua orang pendusta dan seorang yang jujur. Rasulullah kemudian bersabda, "Dia dikaburkan matanya. Biarkanlah dia."

Rasulullah bertanya lagi tentang apa yang ada dalam fikiran dan hati baginda. Ibn Sayyad pun menjawab,  "Ad-Dukh, ad-Dukh." Rasulullah saw seraya membalas, "Semoga kuasamu tidak melebihi dari itu."

Rasulullah saw pergi meninggalkan budak lelaki itu. Umar al-Khattab bertanya tentang apa itu ad-Dukh. Rasulullah saw menjawab yang dia menyembunyikan perkataan ad-Dukhan yang mana Ibn Sayyad hanya mampu untuk meneka separuh daripada perkataan itu.

Umar al-Khattab menawarkan diri untuk memenggal kepala Ibn Sayyad namun dihalang oleh Rasulullah saw. Rasulullah berkata,  "Jika dia benar (dajal), kamu tidak akan dapat mengetahuinya dan jika dia bukan (dajal), tidak ada kebaikan untukmu membunuhnya."

Rasulullah saw mendengar banyak dakwaan daripada sahabat-sahabat baginda tentang sifat-sifat Ibn Sayyad yang sama seperti dajal. Sehinggakan Umar al-Khattab bersumpah atas nama Allah swt di hadapan Rasulullah saw yang Ibn Sayyad adalah seorang dajal dan baginda saw tidak menafikan atau menyangkal.

Hafsah, anak Umar dan isteri Rasulullah saw juga menyatakan ciri-ciri dajal ada pada Ibn Sayyad setelah mendengar aduan daripada  adiknya Ibn Umar. Ibn Umar menyatakan dia bertembung dengan Ibn Sayyad di satu laluan di Madinah. Dia telah menyatakan sesuatu kepada Ibn Sayyad yang membuatkan Ibn Sayyad menjadi marah. Fizikal Ibn Sayyad menjadi besar dan memenuhi laluan tersebut. Hafsah menjawab, "Semoga Allah mengasihanimu. Mengapa kau membuat Ibn Sayyad marah? Tidakkah kau tahu yang  Rasulullah saw ada menyatakan dajal akan muncul apabila sesuatu membuatkan dia menjadi marah." Ini dinukilkan dalam Sahih Muslim.

Rasulullah saw pun mahu mengesahkan berita tersebut lalu baginda dan Ubay ibn Ka'ab pun pergilah kampung halaman Ibn Sayyad.
Sesampainya Rasulullah saw dan Ibn Ka'ab ke kebun kurma, Rasulullah ternampak Ibn Sayyad yang sedang tidur dengan mukanya ditutup dengan selimut dan kedengaran mulutnya terkumat-kamit. Rasulullah dan Ibn Ka'ab cuba mendekati Ibn Sayyad dengan bersembunyi dari pokok ke pokok kurma untuk mendengar ucapan Ibn Sayyad. Malangnya, sebelum Rasulullah saw dapat mendengar ucapannya itu, ibu Ibn Sayyad memberitahu anaknya yang Rasulullah saw ada di belakangnya. Ibn Sayyad mendengus kerana dia tidak menyukai baginda. Rasulullah saw menyatakan jika ibu Ibn Sayyad tidak memberitahunya, tentu sahaja baginda dapat memastikan Ibn Sayyad adalah dajal atau tidak.

Ibn Sayyad menjadi seorang pemuda yang tinggal di Madinah dan memeluk agama Islam. Dia berkahwin dan mempunyai kira-kira 10 orang anak. Namun para sahabat menjauhkan diri daripada Ibn Sayyad kerana mereka tidak mempercayainya.

Satu hari dalam perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan haji, seorang sahabat Rasulullah saw bernama Abu Said al-Khudri meletakkan barangannya di satu tempat. Tiba-tiba Ibn Sayyad meletakkan barangan di tempat yang sama dengannya. Sahabat ini tidak menyenangi kehadiran Ibn Sayyad, berasa gementar dan takut kerana dia teringat akan kata-kata masyarakat tentang Ibn Sayyad. Ibn Khudri pun mencari helah dengan menyuruh Ibn Sayyad meletakkan barangannya di bawah pokok kerana cuaca yang panas. Apabila Ibn Sayyad membawa satu tembikar besar berisi susu untuk diberikan kepada Ibn Khudri, al-Khudri menolaknya dan menyatakan susu itu panas. Sebenarnya al-Khudri tidak mahu menerima apa-apa pemberian daripada Ibn Sayyad.

Perbuatan al-Khudri itu menyebabkan al-Sayyad menjadi kecewa lalu menyatakan kelldia telah berfikir untuk mengambil tali, mengikatnya pada sebatang pokok dan menggantung dirinya selepas mendengar apa yang masyarakat katakan tentang dirinya (seorang dajal). Dia menambah bahawa al-Khudri adalah seorang Ansar yang arif tentang hadith Rasulullah saw. .

Ibn Sayyad menjelaskan, dajal bukan seorang Muslim tetapi dia seorang Muslim. Dajal tidak berkahwin, tetapi dia berkahwin. Dajal tidak mempunyai anak, tetapi dia mempunyai anak. Dajal tidak boleh masuk ke Makkah dan Madinah, tetapi dia tinggal di Madinah dan dalam perjalanan untuk mengerjakan haji di Makkah
Apabila mendengar penjelasan Ibn Sayyad, al-Khudri mengakui kebenarannya. Baru sahaja sahabat tersebut mahu mengubah pandangan terhadap Ibn Sayyad, tiba-tiba Ibn Sayyad menambah,  " Tetapi aku tahu siapa dajal, di mana dia dilahirkan dan di mana dia berada sekarang." (Dalam hadith lain, Ibn Sayyad turut mengetahui siapa ibu dan bapa dajal). Ibn Sayyad pernah ditanya adakah dia tidak gembira jika dia adalah dajal? Dia menjawab bahawa dia tidak akan menolak jika dia ditawarkan menjadi dajal. Ini diriwayatkan dalam Sahih Muslim.

Al-Khudri terus bangun dan berkata,  "Semoga kau pergi dari sini sepanjang hari." Lalu sahabat itu berlalu pergi sambil mendengar Ibn Sayyad yang sedang ketawa.

Selepas kewafatan Rasulullah saw, berlaku satu peperangan besar antara tentera Islam dan Musaylamah al-Kazzab iaitu seorang nabi palsu. Ibn Sayyad menyertai peperangan itu di pihak tentera Islam. Selepas umat Islam mendapat kemenangan, Ibn Sayyad tidak dapat ditemui. Malah, para tentera yang masih hidup tidak menjumpai jenazahnya.

Para ulama mempunyai pandangan berbeza mengenai Ibn Sayyad. Pandangan pertama ialah Ibn Sayyad adalah dajal. Pandangan kedua ialah Ibn Sayyad bukanlah dajal yang akan keluar pada akhir zaman, dia hanyalah dajal kecil yang suka menipu. Kewujudan hadith Tamim ad-Dari, seorang mualaf yang berjumpa dengan dajal di sebuah pulau menguatkan pandangan ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.340099 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list