CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 0

Dunia penjara bagi Mukmin

[Copy link]
Post time 19-8-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Dunia penjara bagi Mukmin


MANUSIA hidup di atas dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.


Dunia dari sudut pengertian Islam adalah tempat persinggahan sementara sebelum berangkat ke alam yang kekal abadi (akhirat). Dunia merupakan ujian yang akan menentukan manusia sama ada ke syurga atau neraka. Allah SWT menguji manusia di atas dunia dengan pelbagai kebendaan yang akan melekakan mereka yang lemah dalam melaksanakan amal ibadahnya.

Di dalam al-Quran, perkataan 'dunia' disebut sebanyak 115 dan bilangannya menyamai perkataan 'akhirat'. Ini menunjukkan bagaimana hubungan dunia dengan akhirat adalah sangat kuat. Semua makhluk terutama seluruh manusia akan menjalani kehidupan sementara di atas muka bumi ini sebagai ujian sebelum bertemu dengan Allah SWT nanti. Kesenangan, kesusahan, kegembiraan, ketakutan, kelaparan adalah sebenar-benar ujian yang diturunkan oleh Allah SWT kepada hambanya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah ayat 155)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya, dunia adalah manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi. Maka Allah akan melihat apa yang kamu lakukan. Maka berhati-hatilah kamu kepada dunia dan berhati-hatilah kepada wanita." (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan bagaimana keadaan dunia yang sebenarnya. Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai tempat ujian dan cubaan kepada para hambanya. Manis dan hijaunya dunia sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW menunjukkan kesenangan, kelazatan dan keindahan berada sementara di atas dunia. Baginda Nabi SAW juga menegaskan agar berhati-hati dengan fitnah wanita yang merupakan antara fitnah terbesar manusia di atas dunia ini berdasarkan beberapa peristiwa yang sudah berlaku kepada umat sebelum ini. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah
ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." (Surah ali-Imran ayat 14)

Pada ayat lain Allah SWT bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (Surah al-Kahfi ayat 7])

Seseorang Muslim yang berakal serta sudah memahami hukum hakam dalam agama secara langsung berada dalam sebuah penjara besar yang perlu dihadapinya selama mana umur hayatnya di atas dunia ini. Kehidupan mereka yang terikat dengan panduan yang telah ditetapkan dalam al-Quran serta penerangan dari hadis Rasulullah SAW.

Panduan ini merupakan kompas yang paling tepat untuk sampai ke suatu destinasi yang kekal abadi di akhirat nanti. Namun, laluan yang akan ditempuhi ini, bukanlah satu perjalanan yang mudah, bahkan lebih banyak kesulitan dan halangan yang perlu dihadapi bagi mendapat keredaan dari Allah SWT. Dan setiap kesulitan dan halangan tersebut ada ganjarannya di sisi Allah SWT yang tiada diketahui oleh seorang kecuali Allah Yang Maha Esa.

Manusia hidup di atas dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS menyatakan dengan jelas perkara yang perlu dilaksanakan dan perkara yang ditegah dari melakukannya. Dalam hal ini, amalan yang diwajibkan adalah perkara yang amat sukar untuk manusia secara umumnya untuk dilaksanakan, manakala amalan yang ditegah itu adalah merupakan perkara yang amat suka untuk dilakukan.

Justeru, itu, pemahaman tentang dunia sebagai penjara bagi Mukmin ini adalah sebagaimana sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud: "Pada Hari Kiamat dikatakan kepada penghuni dunia yang kafir yang paling senang, "Celupkan sekali dia ke dalam nereka." Setelah dicelupkan dia dikeluarkan. Lalu ditanya kepadanya: "Wahai fulan, adakah kamu pernah mendapat kenikmatan dalam hidupmu?" Dia menjawab: "Tidak ada kebaikan yang pernah kuperolehi." Kemudian dibawa orang yang beriman yang paling susah dan amat banyak sekali mendapat bencana, lalu dikatakan padanya: "Celupkan dia sekali ke dalam syurga." Kemudian ditanya kepadanya: "Adakah kamu pernah merasakan kesusahan dan bencana?" Doa menjawab: "Tidak ada kesusahan dan bencana yang pernah kurasakan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jika disoroti kehidupan harian pada saat ini, contohnya bab solat. Maklum bahawa solat merupakan perkara yang
wajib dilaksanakan tidak kira bagaimana keadaan seseorang Muslim itu kecuali mereka tidak diwajibkan solat disebabkan kondisi yang berbeza-beza. Namun, dengan hanya lima waktu sehari semalam, manusia lebih rela meninggalkannya semata-mata mengejar dunia yang kenikmatan adalah sementara. Jika dihitung dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita dalam seharian, solat lima waktu adalah tidak mencukupi untuk kita zahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Lihat sahaja di masjid dan surau berhampiran, adakah jemaah yang memakmurkannya melebihi mereka yang berada di pasar dan pusat membeli-belah? Walaupun sebilangan besar pusat membeli-belah ketika ini menyediakan surau, namun hanya sebilangan kecil sahaja mereka yang menjadikannya tempat persinggahan utama apabila seruan solat dilaungkan. Ini jelas menunjukkan, apabila ganjaran pahala solat berjemaah di masjid dan surau yang Allah janjikan, hanya akan ditunaikan pada Hari Akhirat kelak, manusia sukar untuk melihatnya dengan pandangan yang jelas kecuali sebahagian mereka yang mata hatinya telah diterangi oleh cahaya Ilahi.

Oleh yang demikian, dunia penjara bagi Mukmin ini adalah sebagai ujian untuk menentukan tahap keimanan dan ketakwaan manusia kepada Allah SWT sebelum melalui perjalanan yang jauh menuju syurga yang kekal abadi dan nikmat yang tiada tandingan kelak.


Penulis Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... penjara-bagi-mukmin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.335354 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list