View: 699|Reply: 0
|
'Gambar paling epik' Cristiano Ronaldo menoleh ke arah Faiz Subri
[Copy link]
|
|
'Gambar paling epik'
Ronaldo dilihat menoleh ke arah Faiz Subri. FOTO Agensi
Kuala Lumpur: "Gambar paling epik dalam sejarah bola sepak Malaysia."
Itu kata kebanyakan peminat bola sepak tempatan apabila tular sekeping gambar di mana Cristiano Ronaldo menoleh ke arah pemain tempatan, Mohd Faiz Subri ketika dia berjalan untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) pada 2016.
Lebih menarik perhatian apabila Ronaldo memberi tatapan penuh teruja seolah-olah menggambarkan dia mahu mengenali susuk tubuh pemain yang berjaya mencipta fenomena dengan jaringan yang disifatkan melawan hukum fizik itu.
Menerusi hantaran di laman sosial Facebook Liga Super Malaysia, rata-rata peminat juga dilihat masih tidak boleh melupakan jaringan cantik Mohd Faiz yang pada ketika itu membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super 2016.
"Tuah hadir buat Faiz sangat bernilai. Tiba-tiba pemain Malaysia mengharumkan nama negara ditempat yang berprestij dunia bola sepak," kata Azli Ismail.
"Sampai sekarang sains tak dapat nak kaji macam mana bola tendangan Faiz Subri menerjah gawang, memang mustahil mengikut hukum fizik tapi itulah realiti bola sepak tak ada yang mustahil," kata Joey Azizul.
"Kita kena bagi kredit pada Faiz Subri sebab dia menang anugerah soal prestasi permainan itu bab lain sebab anugerah ini untuk gol tercantik tak kisahlah sama ada gol itu nasib atau memang betul-betul boleh jadi," kata Roky Roky.
Terdahulu, kejayaan Mohd Faiz meletakkan dirinya sebaris bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez yang juga pernah memenangi anugerah terbabit.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... /gambar-paling-epik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|