CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 859|Reply: 1

Setia dakap kenangan

[Copy link]
Post time 10-7-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Setia dakap kenangan



ELSIE menetap rumah sama sejak 104 tahun lalu. FOTO Agensi

London: Demi kenangan, warga emas di United Kingdom ini setia menduduki rumah sama yang dihuninya bersama keluarga sejak lahir pada 1918.

Elsie Allcock yang kini berusia 104 tahun tidak pernah meninggalkan kediaman di Barker Street di Huthwaite, perkampungan di Nottinghamshire itu yang mula-mula disewa mendiang bapanya pada 1902 pada kadar 30 Pound Sterling (kira-kira RM160).

Sepanjang hayatnya di situ, Elsie yang juga anak bongsu daripada lima beradik sempat merasai dua peperangan dunia, berada di bawah pemerintahan empat raja dan permaisuri serta 25 perdana menteri.

Selepas berkahwin dengan suaminya, Bill pada 1941, Elsie tidak berpindah kerana menjaga bapanya yang kematian isteri akibat radang paru-paru.

"Ibu saya, Eliza meninggal dunia ketika saya 14 tahun, jadi saya tinggal di sini untuk menjaga bapa hingga dia juga mati pada 1949.

"Selepas itu kami membeli rumah ini daripada pemiliknya pada 1960-an," katanya kepada The Sun.

Elsie membeli kediaman penuh kenangan itu pada harga 250 Pound Sterling (kira-kira RM1,331) menerusi pinjaman bank dan teres itu kini dianggarkan bernilai 75,000 Pound Sterling (kira-kira RM399,409).

"Saya tidak pernah menginginkan tinggal di tempat lain. Ini adalah rumah saya dan ia segala-galanya buat saya," katanya yang memberitahu mahu mengekalkan suasana rumah itu seperti sebelumnya.

Satu-satunya penambahbaikan dibuatnya selepas membeli kediaman berkenaan adalah menukar tandas.

Anak Elsie dikenali Ray, 75, berkata, ibunya terlalu sayangkan rumah itu kerana sarat dengan memori.

Malah ibunya memberitahu sudah 'sebati' dengan kediaman berkenaan hingga boleh berlegar dalam gelap.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... etia-dakap-kenangan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 04:25 PM | Show all posts
bestnye hidup dari kecik sampai tua duk rumah yg sama,
kalau org lain mungkin bosan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.040738 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list