CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lagi aduan berkaitan peniaga ayam

[Copy link]
Post time 4-7-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menerima empat lagi aduan membabitkan peniaga ayam setakat hari ini, selepas pelaksanaan harga siling runcit baharu ayam standard RM9.40 sekilogram berkuat kuasa Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, A Mogan, berkata ia membabitkan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga serta peniaga mengenakan caj atau upah memotong ayam.

"Bagaimanapun perkhidmatan memotong ayam terpulang kepada pilihan pengguna," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mogan berkata, kuota bagi pembungkusan semula minyak masak di Pulau Pinang adalah sebanyak 3,434 tan metrik membabitkan 25 pengusaha yang diberi lesen untuk mengeluarkan minyak masak bersubsidi di negeri ini.


Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan harga terutamanya membabitkan barang kawalan seperti ayam, telur dan minyak masak bagi memastikan bekalan mencukupi dan mudah diperolehi penguna dengan harga berpatutan pada setiap masa.

"Pengguna wajar bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberi kerjasama jika mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan dan menyorok barang kawalan atau subsidi bagi memastikan aktiviti haram itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Kelmarin, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata bekalan minyak masak paket bersubsidi dijangka pulih dalam masa terdekat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalur aduan melalui aplikasi WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 800 selain menerusi portal e-aduan.kpdnhep.gov.my di samping menghubungi talian 1-800-886-800.
https://www.bharian.com.my/berit ... kaitan-peniaga-ayam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.042153 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list