|
Mendapat gaji adalah salah satu perkara yang pekerja suka, kerana pelbagai barang boleh beli dan mereka boleh bayar bil bulanan seperti bil eletrik, kereta dan lain-lain.
kredit foto: InfoCredit
Baru-baru ini, seorang lelaki di Chile secara tidak sengaja dibayar 286 kali ganda daripada gaji bulanannya.
Difahamkan, lelaki itu yang menjadi buruan kerana meletakkan jawatan dalam syarikatnya dan menghilangkan diri selepas berjanji akan memulangkan wang itu semula. Tambahan pula, gaji yang sepatutnya diterima adalah 500,000 peso Chile (RM 2,378) tetapi dia mendapat 165,398,851 peso Chile (RM786,868).
Ekoran itu, syarikat tersebut telah mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki itu untuk mendapatkan semula wang yang mereka pindahkan secara tidak sengaja kepada lelaki itu. -CARI |
|