View: 451|Reply: 1
|
[Kedah]
Ajal masih panjang
[Copy link]
|
|
Ajal masih panjang
KEADAAN Proton Saga FL yang dinaiki mangsa remuk teruk. FOTO ihsan polis
Jitra: Berpantang maut sebelum ajal. Demikian yang terjadi kepada pemandu serta penumpang Proton Saga FL selepas kereta dinaiki remuk teruk dalam kemalangan di Kilometer 22.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara menghala Bukit Kayu Hitam hari ini.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa terselamat walaupun keadaan kenderaan mereka remuk selepas terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan dedak ayam.
Pemandu lelaki berusia 34 tahun hanya luka di kedua-dua tangan manakala penumpang wanita berusia 29 tahun pula luka di muka dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika treler itu dipandu di lorong kiri dari Alor Setar menghala ke Napoh.
"Setibanya di lokasi, tayar hadapan kanan treler itu pecah menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terlanggar pada belakang Proton Saga FL yang berada di hadapan.
"Akibat perlanggaran itu, kereta terbabit berpusing dan terlanggar pembahagi tengah jalan manakala treler itu terbalik di tengah jalan," katanya.
Rodzi berkata, pemandu treler berusia 32 tahun mengalami luka di kaki kanan dan kedua tangan manakala kelindannya yang juga pemegang kad UNHCR luka di tangan kanan dan kiri.
Katanya, mereka dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan tindakan lanjut.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /ajal-masih-panjang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa tajuk TT mcm salah ja |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|