Sumber: Tiktok Nurul Iswanie
Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Nurul Iswanie menunjukkan seorang pengawas mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah dengan memandu kereta jenama BMW.
Video tersebut secara tidak langsung membuatkan rata-rata netizen membandingkan zaman mereka mengambil slip keputusan peperiksaan SPM dengan hanya menaiki basikal dan ada juga menyindir gadis itu bahawa kereta yang dimilikinya itu dibeli oleh keluarganya dan bukan dirinya sendiri.
Ekoran itu, mStar Online tampil untuk menemuramah gadis itu. Rupa-rupanya, ramai terpedaya dengan video yang dihasilkan gadis berumur 24 tahun ini.
Menurut gadis itu, video yang dimuat naik itu hanyalah untuk konten. Tema uniform sekolah itu pula dipakai kerana majlis anjuran syarikat yang dimilikinya.
Tambah gadis itu, majlis itu dibuat untuk menghargai pencapaian cemerlang di kalangan pekerja di syarikatnya. Gadis itu juga sangat berbesar hati untuk memberi anugerah kepada pekerjanya yang berjaya mencapai pendapatan lima angka ke atas kerana rata-rata pekerjanya merupakan pelajar yang baru tamat SPM.
Gadis itu juga sempat berkata walaupun video itu hanyalah sebuah konten, namun tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej bahawa kita tidak akan selamanya berada di bawah sekiranya kita kuat berusaha. - CARI
|