CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 0

[Kedah] Tiga daerah di Kedah dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 28-6-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Air yang memasuki rumah penduduk di daerah Baling berikutan hujan lebat sejak tengah malam tadi. FOTO IHSAN APM

Alor Setar: Hujan lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan 69 rumah di tiga daerah di negeri ini dilanda banjir kilat.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, antara daerah terjejas adalah Sik, Baling dan Padang Terap.

Beliau berkata, 20 rumah di lapan kampung membabitkan dua mukim di daerah Sik, ditenggelami air.

"Antara kampung terbabit adalah Kampung Lentang, Kuala Bentong, Kampung Belantik Dalam, Kampung Surau dan Kampung Pinang di Mukim Sok.

"Tiga lagi kampung iaitu di Mukim Sik adalah Kampung Lubuk Tualang, Kampung Belimbing dan Kampung Jerai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin berkata, 42 rumah terjejas di daerah Baling termasuk di Kampung Rambong Batu 7, Kampung Carok Juan dan Kampung Bendang Sera.

Beliau berkata, di daerah Padang Terap pula, ia membabitkan tujuh rumah yang terjejas di Mukim Naka iaitu di Ladang Sungai Tekai.

"Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara dibuka di tiga daerah berkenaan setakat ini.

"Cuaca dilaporkan semakin baik dan paras air semakin surut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilanda-banjir-kilat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.078400 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list