CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Kedah] 'Abah mahu saya teruskan perjuangannya bela nasib rakyat'

[Copy link]
Post time 27-6-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Yusrizal (kiri) bersama arwah bapanya ketika masih memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Pengguna (CAKE). FOTO IHSAN CAKE

Alor Setar: "Arwah abah sempat berpesan kepada saya supaya meneruskan perjuangannya membantu membela nasib rakyat melalui Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).

"Perkara itu berulang kali diungkapnya pada 22 Mei lalu sewaktu dia masih dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum dia meninggal dunia semalam," kata Mohamad Yusrizal Yusoff, 40.

Mohamad Yusrizal adalah anak tunggal lelaki dari lima beradik Allahyarham Datuk Yusof Ismail iaitu bekas Presiden CAKE yang meninggal dunia jam 7.15 pagi semalam di HSB akibat serangan jantung.

Menurutnya, arwah bapanya memberi mandat sepenuhnya untuk dia menggalas tugas sebagai Presiden CAKE dan terus berjuang untuk membela nasib rakyat akibat kenaikan harga barang, mangsa penipuan dan sebagainya.

"Arwah abah pada mulanya hanya menjalani pemeriksaan darah yang menjadi rutin baginya di HSB pada 16 Mei lalu namun sebaik tiba di hospital, dia mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Zon Merah.

"Bagaimanapun, dia dipindahkan ke CCU selepas tahap oksigennya menurun sebelum ditidurkan pada 23 Mei lalu.

"Namun, sehari sebelum itu, arwah abah banyak berbual dengan saya termasuk meminta saya meneruskan perjuangannya mempertahankan hak pengguna sebagai Presiden CAKE yang diceburinya sejak tahun 1998," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Yusrizal berkata, sepanjang hayat arwah bapanya, dia juga menceburkan diri sebagai Pengerusi Pengusaha Pengangkutan Lori Wilayah Utara, Pengerusi Persatuan Penderma Darah Negeri Kedah dan mantan Setiausaha Kehormat Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah.

Beliau berkata, bapanya mula berehat dan meninggalkan tugasnya itu pada tahun 2011 dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepadanya sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarga untuk meneruskan perjuangan itu.

"Dia dirawat selama 47 hari di HSB sebelum menghembuskan nafas terakhirnya semalam," katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Latifah Mansor, 70, dan lima anak serta 11 cucu.

Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke kediaman mereka di Jalan Langgar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Bukhary, Jalan Langgar selepas solat Zuhur.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-bela-nasib-rakyat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.119343 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list