CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Johor] Johor tambah sembilan laluan bas percuma

[Copy link]
Post time 22-6-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan menambah sembilan laluan baharu perkhidmatan bas percuma, Bas Muafakat Johor (BMJ) bagi memperluaskan liputan jaringan pengangkutan awam negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raja, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata langkah itu membabitkan kos sebanyak RM3.84 juta.

"Satu daripada sembilan laluan baharu itu terletak kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

"Laluan berkenaan bermula dari bandar Kota Tinggi ke Tanjung Sedili dengan cadangan kekerapan perjalanan empat kali sehari.


"Cadangan tambahan laluan baharu itu telah dikemukakan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri pada tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan, Muszaide Makmor (BN-Sedili) berkaitan inisiatif perkhidmatan kemudahan pengangkutan awam pada sidang Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir, berkata cadangan bagi laluan tambahan lain BMJ masih dalam proses untuk dimuktamadkan.

"Pihak Perbadanan Pengangkutan Awam (PAJ) Johor akan menjalankan proses perolehan bagi melantik operator yang berkelayakan untuk menjalankan operasi di laluan berkenaan sekiranya proses memuktamadkan klausa dengan kerajaan negeri telah selesai," katanya.

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) adalah perkhidmatan bas percuma kepada warganegara Malaysia yang telah dilaksanakan bermula sejak 2016.

Ia disediakan oleh kerajaan negeri dengan 14 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbabit dan perkhidmatan bas berkenaan dikendalikan oleh PAJ.
https://www.bharian.com.my/berit ... -laluan-bas-percuma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.554145 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list