CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kes pukul anak, suspek dituduh di katil hospital

[Copy link]
Post time 22-6-2022 09:53 AM | Show all posts |Read mode

Jempol: Seorang lelaki yang dituduh mencederakan anaknya menggunakan kerusi plastik menjalani proses pertuduhan di wad Hospital Jempol di sini, tadi, berikutan sedang menjalani rawatan sakit jantung.

Tertuduh, S Mahendran, 49, bagaimanapun tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Seysen Kuala Pilah, Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada jam 8.10 malam 17 Jun lalu, dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap M Yevaanesh, 10, dengan menggunakan tiga kerusi plastik berwarna merah yang disusun rapat.

Kejadian itu dilakukan tertuduh disebuah rumah di Taman Satelite di sini.

Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Norma kemudian menetapkan 25 Julai depan bagi sebutan serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan namun mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan untuk tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-di-katil-hospital
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 2.187449 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list