|

SEEKOR anak gajah mati akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda di kilometer 40 Jalan Batu Pahat - Mersing dekat Kampung Sri Timur, Kluang. FOTO Tular
Kluang: Seekor anak gajah mati dilanggar sebuah pacuan empat roda (4x4) dalam kemalangan di kilometer 40 Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kampung Sri Timur di sini, jam 9.30 malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, seorang wanita warga tempatan, 53, pula mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu kenderaan itu selamat.
"Kenderaan 4x4 dari Kahang ke Kluang terbabit kemalangan dengan seekor anak gajah yang sedang melintas jalan.
"Akibat kemalangan ini, pemandu kenderaan pacuan iaitu seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun tidak mengalami kecederaan. Penumpang yang cedera menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.
"Anak gajah yang dilanggar mati di tempat kejadian," katanya kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan dengan sebaiknya.

KEADAAN pacuan empat roda yang melanggar anak gajah. FOTO Tular
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-mati-dirempuh-4x4 |
|