|
Seremban: Seorang peniaga kerugian lebih RM500,000 apabila diperdaya skim pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, wanita berusia 35 tahun itu menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada lelaki yang tidak dikenali.
"Mangsa menerima WhatsApp pada 14 April lalu ketika berada di rumahnya di Bukit Pelandok, Port Dickson. Skim itu menjanjikan keuntungan yang besar dan mangsa bersetuju membuat pelaburan.
"Selepas bersetuju dengan pelaburan itu, mangsa mula pemindahan wang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Aibee berkata, mangsa membuat 52 transaksi kemasukan wang berjumlah RM583,555 ke dalam 13 akaun bank yang berbeza bermula dari 15 Februari sehingga 23 April lalu.
Beliau berkata, mangsa yang berniaga sendiri menyedari diperdaya pada 25 Mei lalu kerana mendapati WhatsApp disekat dan tidak dapat mengakses ke dalam aplikasi itu.
"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Pelanduk pada 16 Jun lalu," katanya.
Menurutnya, orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang tidak masuk akal.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 5/rm500000-melayang |
|