CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Johor] Perkhidmatan tren JB-Singapura beroperasi semula

[Copy link]
Post time 19-6-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Selepas lebih dua tahun dihentikan akibat pandemik Covid-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memulakan kembali perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau dari Stesen JB Sentral, Johor Bahru ke Stesen Woodlands, Singapura.

Perkhidmatan itu mula digantung sementara pada 24 Mac 2020 berikutan penutupan sempadan negara akibat Covid-19.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, latihan pengoperasian semula Shuttle Tebrau itu sudah bermula sejak Selasa lalu sebagai persediaan.

Katanya, latihan pengoperasian dibuat bagi memeriksa gerakan gerabak, ciri keselamatan, sistem penjualan tiket dan operasi penjualan supaya perkhidmatan berkenaan lancar.

"Tiket perkhidmatan Shuttle Tebrau mula dijual pada 13 Jun lalu bagi perjalanan 19 Jun sehingga 18 Julai 2022. Setakat Jumaat lalu, sebanyak 68,070 tiket dijual dengan penjualan tiket yang lebih awal ini, ia dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka khususnya rakyat Johor yang berulang-alik berkerja di Singapura.

"Setiap hari ada 31 perjalanan Shuttle Tebrau yang bermula jam 5 pagi sehingga 11.45 malam, dengan 13 perjalanan dari Malaysia-Singapura dan 18 perjalanan dari Singapura-Malaysia.

"Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau ini mampu menampung kapasiti maksimum seramai 320 penumpang setiap trip atau perjalanan dan dijangkakan seramai 7,000 penumpang sehari akan menggunakan perkhidmatan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin.

Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau mengekalkan tambang sedia ada iaitu RM5 sehala bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands dan SGD5 dari Woodlands ke JB Sentral.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, penyambungan semula perkhidnatan Tren Shuttle Tebrau itu memberi manfaat kepada ribuan rakyat Malaysia yang berulang alik bekerja ke republik itu.

Katanya, perkhidmatan tren itu sebelum pandemik menjadi antara pengangkutan pilihan dan popular di kalangan penduduk kedua-dua negara.

"Ini adalah detik bersejarah buat rakyat Johor, dengan pengoperasian semula perkhidmatan Shuttle Tebrau, saya menjangkakan pertambahan pelancong dari Singapura ke Malaysia melalui Johor.

"Ia sekali gus dapat merancakkan sektor ekonomi negara khususnya negeri ini.

"Melalui pengoperasian semula perkhidmatan Shuttle Tebrau ini, ia juga dapat mengurangkan kadar kesesakan trafik di Tambak Johor dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) terutama pada waktu

puncak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-beroperasi-semula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 2.067381 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list