CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Pulau Pinang] Koop Sahabat agih RM5.8 juta dividen kepada anggota

[Copy link]
Post time 18-6-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Najib (tiga dari kiri) pada sidang akhbar pengumuman agihan dividen 2021 pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-9 d sini hari ini. - Foto NSTP/Aminah Yusof

BAYAN LEPAS: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan dividen sebanyak 10 peratus bersamaan RM5.8 juta kepada 243,163 anggotanya bagi tahun 2021 berbanding RM3.9 juta pada 2020.

Pengerusinya, Mohd Najib Mohd Noor, berkata jumlah itu adalah kadar dividen tertinggi pernah dicatatkan Koop Sahabat sejak penubuhannya pada Ogos 2012.

Beliau berkata, pembayaran dividen itu hasil keuntungan bersih semasa yang direkodkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, tidak termasuk potongan zakat sebanyak 2.5 peratus.

"Koop Sahabat mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan perolehan pada 2021 sebanyak RM63.2 juta berbanding RM28.5 juta pada tahun sebelumnya hasil peningkatan perniagaan melalui aktiviti peruncitan dalam pembekalan stok ayam daging dan beku sebanyak RM13.46 juta.


"RM12.7 juta diperoleh hasil pembukaan enam cawangan baharu Sahabat Ar Rahnu antaranya di Setiu, Terengganu dan Bertam, Kepala Batas serta aktiviti hartanah yang menyumbang RM26.9 juta.

"Perkara ini memberi kesan langsung kepada catatan keuntungan Koop Sahabat yang meningkat kepada 143 peratus berjumlah RM9.17 juta berbanding RM3.77 juta pada 2020," katanya pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MPAT) ke-9 dan Pengundian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi 2022 di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dirasmikan, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Shabudin Yahaya.

Mohd Najib berkata, meskipun terkesan dengan persekitaran mencabar ekoran pandemik COVID-19, Koop Sahabat masih berupaya mengekalkan prestasi kadar dividen yang konsisten.

Beliau berkata, ia adalah komitmen Koop Sahabat dalam menjaga kebajikan anggotanya iaitu usahawan wanita dalam kalangan B40 sekali gus mengukuhkan keyakinan bakal anggota dalam kalangan sahabat usahawan AIM.

Katanya, Koop Sahabat turut berjaya mencapai dua daripada empat sasaran yang ditetapkan menerusi Pelan Strategik 2020-2024 iaitu meraih kedudukan dalam sepuluh koperasi terbaik Malaysia serta mengagihkan dividen pada kadar 10 peratus kepada anggotanya.

"Sempena ulang tahun Koop Sahabat ke-10 Ogos ini, anggota lembaga koperasi dan pengurusan berpendirian untuk tidak hanya memberi tumpuan kepada pencapaian agihan dividen tetapi melihat konteks lebih luas termasuk tadbir urus yang baik serta mengamalkan integriti tinggi.

"Koop Sahabat turut optimis untuk mengekalkan prestasinya sebagai koperasi terbaik Malaysia setelah tiga tahun berturut-turut diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada kelompok 10 koperasi terbaik di Malaysia," katanya.

Perniagaan Koop Sahabat kini meliputi pembabitan dalam perkhidmatan kewangan seperti Ar Rahnu, bidang hartanah, pelaburan korporat, pelaburan strategik serta pelaburan dalam ekuiti awam.
https://www.bharian.com.my/berit ... iden-kepada-anggota

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.035990 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list