CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kenaikan harga barang terus resahkan orang ramai

[Copy link]
Post time 17-6-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Kenaikan harga barang terus resahkan orang ramai

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 17, 2022 @ 3:33pm  [email protected]




Hasil laut tertentu juga mengalami kenaikan harga. - NSTP/AMINAH YUSOF




BAYAN LEPAS: Isu kenaikan harga barang terus meresahkan orang ramai, malah pengguna termasuk peniaga kuih serta roti mengeluh susulan tepung gandum tidak bersubsidi turut didakwa meningkat secara mendadak sejak kira-kira dua bulan lalu.

Peniaga roti, Nordiana Mat Nayan, 41, mengaku terpaksa mengurangkan penggunaan tepung daripada 15 kilogram (kg) kepada 10kg sehari sejak beberapa minggu lalu kerana stok tepung terhad, selain harganya yang semakin mahal.

"Saya memang menggunakan tepung berjenama bagi menjaga kualiti roti dihasilkan. Sebelum Aidilfitri lalu, harga tepung itu cuma RM23 sekotak dengan berat 10kg.

"Bagaimanapun, harganya terus meningkat kepada RM27, diikuti RM29 sehinggalah RM36 sekarang.

"Saya memang rasa terbeban, lebih-lebih lagi bekalan juga susah hendak dapat ketika ini. Kami hanya diberi empat hingga lima kotak untuk setiap pembelian. Kalau hendak membeli tepung lebih murah pula, dapat satu kotak saja," katanya ketika ditemui di Pasar Awam Bayan Baru, di sini, hari ini.

Justeru, Nordiana berkata, beliau yang berniaga di pasar itu dari jam 10 pagi hingga 4 petang terpaksa menaikkan harga roti buatannya antara 50 sen hingga RM1 bagi menampung peningkatan kos bahan mentah, terutama tepung.

Sementara itu peniaga ayam, Irwan Suhaimy, 21, berkata caj memotong ayam segar terpaksa dinaikkan sebanyak 30 sen kepada RM2.50 sejak beberapa hari lalu.

Beliau mendakwa ia berikutan peningkatan caj penghantaran ayam oleh pihak pembekal.

"Caj memotong ayam sebelum ini bermula dengan 50 sen dan dinaikkan pada kadar 20 sen hingga 30 sen selaras peningkatan caj dikenakan pembekal ayam segar, selain kami perlu menanggung lain-lain kos seperti plastik, sewa tapak serta upah pekerja.

"Memang ada pelanggan mengadu mahal tetapi kami sendiri juga tersepit dengan keadaan ini," katanya.

Peniaga ikan, Eng Su Ying, 47, pula mendakwa keadaan laut bergelora kini menyebabkan hasil tangkapan berkurangan kira-kira 20 peratus, justeru berlaku kenaikan harga bagi bahan mentah tertentu seperti udang gred A.

"Sekarang, keadaan angin kencang. Harga hasil laut seperti ikan besar dan udang besar naik kira-kira 10 peratus. Misalnya, udang gred A kini berharga RM60 sekilogram tetapi kalau musim banyak udang, boleh dapat lagi murah," katanya yang memperoleh bekalan dari Batu Maung, di sini.

Suri rumah, Mazenah Idris, 49, berkata beliau hanya membeli ikan kembung dan ikan sardin bersaiz kecil yang harganya tidak begitu mahal, iaitu sekitar RM5 hingga RM8 sekilogram.

"Saya melihat harga ikan masih murah, di sini. Saya membeli 10kg kerana selain untuk makan sendiri, saya juga memelihara 14 kucing di rumah. Bagaimanapun, saya memang sudah lama tidak membeli ketam atau udang besar," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 03:42 PM | Show all posts
beri naik ketapi percuma boleh turunkan harga brg.....tlglah percaya okeyyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.044574 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list