CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penemuan tengkorak dan tulang, polis kesan keluarga

[Copy link]
Post time 16-6-2022 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Penemuan tengkorak dan tulang, polis kesan keluarga

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 16, 2022 @ 6:08pm[email protected]







BALIK PULAU: Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga segera menghubungi balai polis berhampiran, susulan penemuan tengkorak dan tulang di Taman Rimba Teluk Bahang, di sini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerusi kenyataannya berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung penemuan tengkorak dan tulang di hutan taman rimba berkenaan pada 24 Disember 2021.

Siasatan lanjut di sekitar lokasi tidak menemukan sebarang dokumen atau pengenalan diri mangsa.

"Tengkorak dan tulang itu dipercayai milik lelaki berusia 50-an dan disahkan oleh pakar forensik.

"Ketika ini, kertas siasatan dibuka sebagai laporan mati mengejut," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook, di sini, hari ini.

Pegawai Penyiasat boleh dihubungi menerusi talian 016-4536373.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.471226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list