CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Kedah] Rugi RM220,500 kerana kekasih Facebook

[Copy link]
Post time 14-6-2022 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Seorang pesara mengalami kerugian berjumlah RM220,500 selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' pada November tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Superintendan Elias Omar berkata, ia bermula apabila wanita berumur 60 tahun dari Pendang itu berkenalan dengan suspek menerusi Facebook yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai 'Amran Mohammad Ali'.

"Mangsa yang kematian suami sejak 2008 kemudian berhubung dengan suspek yang memaklumkan bahawa dia bekerja sebagai seorang doktor di Syria, menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Suspek meminta bantuan daripada mangsa untuk memasukkan beberapa transaksi wang ke dalam akaun suspek bagi membantunya kerana sering berada dalam kesusahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Elias berkata, mangsa yang mempercayai suspek membuat kemasukan wang secara berperingkat melalui mesin juruwang automatik (ATM) ke dalam tujuh akaun bank berbeza yang diberikan suspek.

"Mangsa membuat 51 transaksi berjumlah RM220,500 ke dalam kesemua akaun yang diberikan bermula Disember 2021 hingga Mei lepas dan duit berkenaan adalah daripada simpanannya sendiri. Mangsa sedar dirinya ditipu dan membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan dan membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun bank menerusi laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-kekasih-facebook

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.297358 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list