CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Kedah] Kes denggi Kedah meningkat 143.8 peratus

[Copy link]
Post time 14-6-2022 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Kes denggi di Kedah meningkat 143.8 peratus dengan 490 kes direkodkan sehingga Sabtu lalu berbanding 201 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo, satu kematian turut dilaporkan.

"Sehingga 11 Jun lalu, bilangan wabak meningkat kepada 55 berbanding lapan bagi tempoh sama 2021 dan daripada jumlah wabak yang dilaporkan terdapat tiga lokasi panas yang berjaya dikawal, lapan wabak masih aktif manakala 44 wabak lagi telah tamat.

"Dalam tempoh itu, sebanyak 157,399 premis diperiksa dan 2,887 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai lebih RM1.3 juta kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Othman berkata, aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan bagi kesemua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ingkat-1438-peratus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.198321 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list