CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 1

[Johor] Keluar tangkap ikan di Indonesia, hanyut sampai Johor

[Copy link]
Post time 12-6-2022 10:33 AM | Show all posts |Read mode

MANGSA diselamatkan Maritim Malaysia selepas botnya terbalik dipukul ombak, malam tadi. FOTO ihsan Maritim Malaysia

Kota Tinggi: Seorang nelayan warga Indonesia diselamatkan nelayan tempatan selepas bot dinaiki terbalik dipukul ombak malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat daripada nelayan tempatan mengenai penemuan nelayan warga Indonesia berpaut pada pelampung pukat di kedudukan 1.0 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop, jam 8 pagi tadi.

Katanya, mangsa, Malik Karim, 43, berasal dari Batam, Indonesia, dipercayai keluar bersama seorang rakan untuk menangkap ikan.

"Bot mereka terbalik akibat dipukul ombak di perairan Batam kira-kira jam 9 malam.

"Sejurus menerima maklumat, Op Carilamat diaktifkan ke lokasi untuk pencarian sekitar lokasi dan mangsa ditemui selamat.

"Menurut mangsa, dia berpaut pada pelampung pukat dan hanyut jauh daripada rakannya yang dilihat sempat berpaut pada bot, dipercayai hanyut dalam perairan Indonesia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nurul Hizam berkata, Op Carilamat ditamatkan pada jam 1 tengah hari dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia juga dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Mangsa diberi rawatan awal dan berada dalam keadaan stabil serta tiada sebarang kecederaan.

"Mangsa dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hanyut-sampai-johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2022 11:35 AM | Show all posts
Mangsa dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia untuk tindakan lanjut


bang yg kt dlm tahann sume tu buat camnie xleh ke???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037417 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list