View: 687|Reply: 0
|
Sekat juara Kemboja, Nafuzi tersenyum prestasi pemain
[Copy link]
|
|
Pertahanan TFC, Arif Fadzilah Abu Bakar (tengah) cuba melepasi pemain kelab Kemboja Phnom Penh Crown FC pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam tadi. - FOTO TFC
KUALA TERENGGANU: Keupayaan pemain Terengganu FC (TFC) menyekat juara Liga Perdana Kemboja musim ini, Phnom Penh Crown FC 1-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi memberi isyarat skuad Penyu sudah bersedia mengharungi kancah Liga Super yang disambung semula 18 Jun ini.
Perkara ini disuarakan jurulatihnya, Nafuzi Zain yang melihat ia perkembangan positif buat pasukannya yang berjaya memperagakan aksi terbaik berdepan juara Liga Perdana Kemboja dua tahun berturut-turut kendalian jurulatih kelahiran Ukraine, Oleg Starynskyi itu.
Nafuzi bagaimanapun mengakui ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan skuadnya mampu menjadi pencabar terkuat sebaik liga kembali di sambung semula.
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemain, lebih-lebih lagi ini perlawanan pertama selepas berehat panjang.
"Lagipun bertemu dengan juara Liga Perdana Kemboja ianya bukan mudah buat anak buah saya untuk menyaingi skuad itu, tapi pemain berjaya membuktikan kemampuan mereka, ini bagus buat pemain menentang pasukan sebegini.
"Jadi saya berkeyakinan apabila liga kembali bersambung nanti, pemain mampu mencabar, tapi kita perlu melakukan persediaan lebih rapi lagi bagi menghadapi saingan liga yang sudah pasti sengit," katanya.
TFC yang menurunkan empat tonggak import termasuk dua penyerang utamanya, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche terlebih dahulu mendahului pada babak pertama menerusi jaringan Mohamad Hakimi Abdullah sebelum pemain import pelawat kelahiran Colombia, Rafael Andres Nieto menyamakan kedudukan pada babak kedua.
Ketika ditanya mengenai kehadiran bekas pemain sayap Selangor FC, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim secara pinjaman, Nafuzi akui kehadiran pemain itu bakal menambah kekuatan pasukan.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan pemain sayap, Muhamad Arif Mohamed Anwar sah meninggalkan pasukan apabila memilih pasukan PDRM FC untuk meneruskan kariernya musim ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... yum-prestasi-pemain |
|
|
|
|
|
|
| |
|