CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 2

Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap Amber Heard

[Copy link]
Post time 2-6-2022 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Johnny Depp menang kes saman fitnah terhadap bekas isteri.

ENAM minggu turun naik mahkamah bagi menjalani perbicaraan, juri di sebuah mahkamah di Faifax, Virginia mendapati aktres Amber Heard membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Johnny Depp.

Juri turut memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta).

Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat.

A US jury on Wednesday found Johnny Depp and Amber Heard defamed each other, but sided far more strongly with the 'Pirates Of The Caribbean' star following an intense libel trial involving bitterly contested allegations of sexual violence and domestic abuse. Photo: AFP


Amber Heart diarah bayar ganti rugi RM45 juta.

Bagaimanapun, juri memihak kepada Heard dalam satu tuntutan balasnya kepada Depp dan mengarahkan Depp membayar bekas isterinya itu AS$2 juta (kira-kira RM8.78 juta).

Depp, 58, mengemukakan saman fitnah menuntut tidak kurang AS$50 juta (kira-kira RM219 juta) terhadap Heard yang didakwa memfitnahnya apabila bekas isterinya itu dalam satu artikel akhbar mendakwa dia adalah 'figura awam mewakili keganasan rumah tangga'.

Heard yang pernah membintangi filem aksi Aquaman pula mengemukakan tuntutan balas menuntut AS$100 juta (kira-kira RM439 juta), dengan mendakwa Depp mencemarkan reputasinya.

Pasangan ini bertemu pada 2011 ketika berlakon filem The Rum Diary sebelum berkahwin pada Februari 2015.

Bagaimanapun, mereka disahkan berpisah dan penyelesaian perceraian dimuktamadkan dua tahun kemudian.

Depp memfailkan saman itu di Fairfax County, Virginia, kerana artikel yang didakwanya mengandungi fitnah berkenaan diterbitkan Washington Post, yang dicetak di situ.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... anti-rugi-rm45-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 01:23 PM | Show all posts
Love Johnny Depp. Bloody hate Amber Heard.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 01:23 PM | Show all posts
Love Johnny Depp. Bloody hate Amber Heard.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051135 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list