View: 746|Reply: 0
|
TFC asah taji dengan kelab luar negara
[Copy link]
|
|
PEMAIN TFC giat menjalani latihan di pantai sebelum pertemuan dengan dua kelab luar negara pada aksi persahabatan. FOTO Ihsan TFC
Kuala Terengganu: Selepas berehat panjang, kemampuan pemain Terengganu FC (TFC) akan diuji menerusi tiga aksi persahabatan antarabangsa sebelum kembali mengharungi saingan Liga Super yang bakal bersambung pada 18 Jun ini.
Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, skuad kendalian Nafuzi Zain itu bakal menentang kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC pada Sabtu ini dan Isnin depan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Nerus.
Beliau berkata, selepas perlawanan menentang kelab itu, skuad Penyu bakal menamatkan aksi persahabatan antarabangsa menentang kelab dari Singapura, Balestier Khalsa FC pada 10 Jun juga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
"Matlamat utama aksi persahabatan ini adalah untuk memastikan skuad TFC berada pada kondisi terbaik bagi meneruskan saingan Liga Super tidak lama lagi selepas berehat panjang.
"Selain itu ianya berita gembira buat para penyokong setia hitam putih yang sememangnya menanti untuk melihat pemain TFC beraksi selepas sekian lama berehat.
"Kami harapkan pemain dapat peragakan aksi terbaik dan bersungguh-sungguh bagaikan perlawanan sebenar bagi memastikan matlamat utama perlawanan ini tercapai," katanya.
Beliau berkata, tiket perlawanan bagi dewasa berharga RM10 bagi setiap perlawanan dan RM25 bagi tiga perlawanan manakala kanak-kanak 12 Tahun ke bawah adalah percuma, tiket akan dijual pada hari perlawanan.
Berdasarkan kedudukan dalam carta Liga Super, TFC yang baharu beraksi empat perlawanan kini menghuni di tangga keempat liga dengan mengutip enam mata menerusi dua kemenangan menundukkan Sarawak United FC dan Selangor FC masing-masing dengan kemenangan 2-0.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-kelab-luar-negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|