Mungkin sudah tidak tahan dengan sikap suaminya sering menggunakan kekerasan apabila mereka bertengkar, seorang wanita mendedahkan sikap buruk lelaki itu di TikTok.
Kata Nana Orlin, dalam pergaduhan terbaru mereka, suaminya itu membuang beras ke dalam lubang tandas hanya kerana tidak mahu isteri serta anak-anaknya menjamu selera.
Kredit foto: TikTok Nana Orlin
Lebih teruk apabila suaminya bertindak merosakkan walker bayi sehingga tidak boleh digunakan.
Meskipun remuk hati melihat suaminya merosakkan barangan di rumah serta barang anaknya, wanita ini sempat berjanji untuk membelikan barang permainan yang baru untuk anaknya apabila dia mendapat kerja kelak.
Sumber: OhBulan |