View: 1274|Reply: 8
|
"Terbaik Abang India Itu," Lelaki Acu Pisau Kepada Pekerja Kedai Makan
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang merupakan pelanggan di sebuah kedai makan di Sungai Petani, membuat kecoh di kedai kerana tidak dilayan oleh pekerja kedai makan itu.
kredit foto: TikTok
Melihat video itu, menunjukkan detik pergaduhan yang hampir berlaku apabila pelanggan tersebut mengacu pisau kepada pekerja kedai makan itu.
Difahamkan, pelanggan itu tidak berasa puas hati dengan tindakan pekerja di kedai makan tersebut yang membiarkannya menunggu pesanan diambil sebaliknya pekerja itu terus ke meja lain, tetapi situasi itu berjaya diredakan dengan kehadiran seorang lelaki berbangsa India yang berada di tempat kejadian itu.
Kredit foto: TikTok
Meninjau di komen pula, ramai netizen memuji lelaki berbangsa India itu kerana meredakan situasi tersebut dengan pantas. |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman aku kerja kedai makan dulu
customer jenis ni, dah marah, mengamuk kat tempat lain. family problem ke, tempat kerja ke, gaduh bf gf ke, pastu masuk kedai makan, belum reda lagi marahnya
waiter dah la 2 kerat je, yang tu la nak amik order, yang tu la nak hantar makanan, yang tu la nak lap meja, yang tu la jugak cashier, yang tu la jugak buat air. kesian dia. short staff kan. budak2 sekarang mana nak keja kedai makan. penat dan gaji kecik katanya, tak berbaloi
kadang waiter tengah busy tend customers lain, atau tengah hantar makanan, dia pun letih tak makan lagi, tak sempat rehat, berlari ke hulu ke hilir, tiba2 je customer mengamuk marah.
lets be honest, ada orang memang sengaja jadikan waiter tu beg tinju diorang.
ada orang memang pandang rendah pada pekerja kedai makan, bertindak biadab
customers macam ni memang dapat ludah dalam minuman, kahak dalam makanan
kalau gi dating, bawak partner tu pegi kedai makan
tengok camane dia layan waiter. kalau dengan waiter pun dia layan macam sampah, jangan expect la jadi partner dia nak layan ko elok. apentah lagi sebagai suami/ isteri. gituuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh. Smooth je dia amek pisau tu
Apek tu punnn, dah lapar sgt ke smp berhunus hunus |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif: pengalaman aku kerja kedai mak ...
Haha, bab nak pilih suami or bini tu betullll,
Testing g kedai makan, tgok adab dia layan waiter,
Bl makanan smpai, ucap terima kasih tak ?
Anak2 aku skrg ni sejak PKP, kat rumah ni, asal aku hidang makanan, ckp tq umi, caiq aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif: pengalaman aku kerja kedai mak ...
Dah tokey kedek....bayar 30_40 jer..memang la orang tak nak..pastu terus bandingkan dengan bangla pulak rajin.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa brader tu pun mesti ada background geng mana2.. kalau org awam biasa rasanya tak sape yg nk ambik risiko pi ambik pisau tu..paling2 pun mulut jee yg berbunyi |
|
|
|
|
|
|
|
Wow bukan sia2 berbadan beso. Berani |
|
|
|
|
|
|
|
Jaga nafsu amarah tu, kelak memakan diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|