CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 527|Reply: 0

[Johor] Masyarakat Dayak di Johor rancak buat persiapan sambut Hari Gawai

[Copy link]
Post time 29-5-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode

Kemeriahan masyarakat Sarawak membuat persiapan Hari Gawai di Pasar Borneo. FOTO OMAR AHMAD

Pasir Gudang: Pasar Borneo di Taman Megah Ria di sini menjadi tumpuan masyarakat Dayak mencari keperluan bagi menyambut Hari Gawai Rabu ini.

Tinjauan mendapati orang ramai mula mencari keperluan terutama bahan menyediakan menu istimewa Ayam Pansuh dan kelengkapan upacara Miring.

Peniaga, Munan Mangang, 59, yang berasal dari Kapit, berkata kemeriahan sambutan Hari Gawai di negeri ini sama seperti di Sarawak.

Katanya, pelanggan yang datang bukan sahaja dari masyarakat Sarawak yang tinggal di sini, malah ada dari Singapura dan Sabah.

"Kemeriahan Hari Gawai di sini sama sahaja meriah seperti di Kapit, Sarawak. Pelbagai makanan Sarawak ada dijual di sini seperti umbut kelapa sawit, tepus, rebung, terung Sarawak untuk dijadikan menu istimewa Hari Gawai.

"Saya lihat sambutan lebih meriah tahun ini berbanding tahun lalu sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Orang mula datang membeli seawal jam 9 pagi hingga 6 petang," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penjaja Anak Sarawak, Josephina Jimbai berkata Pasar Borneo semakin meriah sejak minggu lalu.

Katanya, banyak barang dari Sarawak tiba untuk dijual kepada pelanggan termasuk bahan upacara Miring.

"Orang ramai sudah mula dapatkan barang mereka sejak minggu lepas. Ada juga yang menempah untuk bahan-bahan tertentu yang sukar diperolehi seperti ulat sagu.

"Sama seperti perayaan lain, Hari Gawai kebanyakan masyarakat yang menyambutnya membuat jamuan bersama keluarga dan jiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-sambut-hari-gawai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.032552 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list