View: 647|Reply: 0
|
Maloney pertaruh skuad sama di Piala Asia
[Copy link]
|
|
SKUAD B-23 negara giat menjalani latihan untuk persiapan beraksi di Piala Asia. FOTO FAM
Kuala Lumpur: Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney menaruh kepercayaan terhadap barisan pemain sedia ada bagi membawa cabaran negara dalam saingan Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun ini.
Pengendali dari Australia itu tidak melakukan sebarang rombakan dalam barisan pemainnya dan mengekalkan pemain yang beraksi di Sukan Sea edisi ke-31 di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.
Maloney hanya membawa masuk tiga pemain tambahan iaitu Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhammad Shafi Azswad Sapari sekali gus melengkapkan senarai akhir 23 pemain untuk ke Tashkent.
Tambahan tiga pemain itu sebelum ini berada dalam senarai bersedia ke Sukan Sea Hanoi.
Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan C Piala Asia B-23 akan memulakan saingan menentang Korea Selatan, Khamis ini.
Seterusnya, skuad Harimau Muda akan bertemu jiran Asia Tenggara iaitu Thailand pada 5 Jun dan Vietnam 8 Jun.
Kesemua perlawanan peringkat kumpulan dijadual berlangsung di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor dekat Tashkent.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir 11 dan 12 Jun ini.
Peringkat separuh akhir pula berlangsung pada 15 Jun sebelum aksi final pada 19 Jun.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sama-di-piala-asia |
|
|
|
|
|
|
| |
|