CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 653|Reply: 0

Maloney intai khidmat bintang muda JDT

[Copy link]
Post time 26-5-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode

Ramadhan antara bintang JDT yang diintai Brad Maloney bagi membantu perkuatkan skuad B-23.

SKUAD bawah 23 (B-23) tahun negara sedia membuka pintu kepada mana-mana pemain khususnya bintang muda dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memperkuatkan lagi skuad Harimau Muda menjelang kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan bulan hadapan.

Pengendalinya, Brad Maloney sentiasa mengalu-alukan pintu kedatangan pemain berkenaan namun ia bergantung kepada kesediaan mereka untuk bersama pasukan itu tatkala beliau juga sudah berpuas hati dengan skuad yang ada ketika ini.

“Kita sentiasa melihat pemain terbaik yang tersedia ketika ini dan pintu sentiasa terbuka untuk pemain baharu. Kita akan buat keputusan sebelum kita berangkat (ke Uzbekistan) Jumaat ini.

“Jika pemain itu tersedia pintu sentiasa terbuka. Bagaimanapun pemain yang ada ketika ini juga sebenarnya sudah bersama pasukan agak lama, dan telah berusaha sepanjang persiapan sebelum ini dan berhak diberi peluang.

“Tapi jika ada pemain lain yang hebat dan mampu untuk menyumbang sesuatu kepada pasukan apa salahnya untuk pertimbangkan,” katanya.

Antara pemain yang dilihat boleh membantu pasukan kendalian Brad Maloney di saingan Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada bulan depan adalah tonggak tengah JDT, Nathaniel Shio Hong Wan serta Muhammad Ramadhan Saifullah.

Sudah pasti kehadiran Hong Wan yang juga bekas pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers mampu memperkuatkan jentera tengah negara selain kelincahan Ramadhan di bahagian sayap dilihat mampu memberi nilai tambah kepada pasukan Maloney ketika ini.

Dalam pada itu, Maloney turut mengesahkan bahawa pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine, tidak akan bersama skuad B-23 yang akan ke Uzbekistan selepas berhadapan masalah dokumentasi.


“Nooa menunjukkan prestasi yang baik dalam latihan sebelum ini, tetapi kita masih lagi perlu menanti dokumentasi seperti pasport yang mengambil masa lama. Kami terpaksa pergi tanpa khidmatnya," ujarnya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... at-bintang-muda-JDT
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.536779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list