View: 643|Reply: 0
|
'Pemain begitu bersemangat, komited'
[Copy link]
|
|
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Kim Pan Gon ketika turun padang menyaksikan latihan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan. - Foto ihsan FB FAM.
KUALA LUMPUR: Dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei dan Hong Kong pastinya mampu 'memanaskan' enjin skuad Harimau Malaya sebelum berdepan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan depan.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap persembahan dalam dua aksi persahabatan itu akan menjadi pemangkin prestasi pemain menjelang tiga perlawanan penting dalam misi ke Piala Asia 2023.
"Perlawanan persahabatan mahupun pertembungan kelayakan Piala Asia penting, bukan sahaja ia dinantikan penyokong yang sudah sekian lama rindukan aksi Harimau Malaya di laman sendiri tetapi ia adalah pencetus kepada sentuhan pertama jurulatih Kim Pan Gon.
"Berdasarkan pemantauan hari ini (semalam) saya lihat pemain begitu bersemangat dan komited untuk membuktikan kemampuan masing-masing.
"Dilihat juga setiap pemain mahu membuktikan sesuatu dalam memastikan mereka berada dalam radar Kim Pan Gon," kata Hamidin.
Selepas mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 itu, anak buah Pan Gon akan berdepan ujian sebenar bagi tiga perlawanan kelayakan yang akan berlangsung di sini.
Mereka akan bertemu Turkmenistan (8 Jun) dan Bahrain (11 Jun) sebelum menutup kempen kelayakan Piala Asia 2023 berdepan Bangladesh pada 14 Jun.
https://www.bharian.com.my/sukan ... bersemangat-komited |
|
|
|
|
|
|
| |
|