CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut dipercayai terjatuh tingkat 8 hospital

[Copy link]
Post time 25-5-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini semalam.

Sebelum kejadian jam 6.20 petang itu, lelaki berusia 21 tahun terbabit yang dimasukkan ke wad pada Isnin lalu kerana disyaki menghidap denggi, didakwa menghantuk kepalanya sehingga pecah selepas keluar dari bilik air di wad terbabit.

Dia yang juga menghidap penyakit asma kemudian dilihat meluru keluar menuju koridor sebelum ibunya yang menemani sejak dia dimasukkan ke wad cuba menghalangnya, namun lelaki berkenaan dipercayai terjatuh sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap di koridor tengah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata lelaki terbabit dimasukkan ke sebuah wad di tingkat lapan hospital dan ditemani ibunya sepanjang menerima rawatan.


"Sebelum kejadian, dia dilihat pesakit lain dalam wad itu menghantuk kepala hingga pecah sebaik keluar dari bilik air sebelum berlari ke koridor. Ketika itu, beberapa pesakit di katil berhampiran pintu koridor cuba membantu, namun usaha mereka gagal kerana pintu berkunci," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh doktor yang melakukan pemeriksaan dan hasil keterangan lanjut ibunya, dia dikatakan tidak mempunyai hutang atau berselisih faham dengan sesiapa.

"Doktor yang merawat lelaki berkenaan juga memaklumkan dia tidak dijangkiti denggi, namun mempunyai masalah asma. Setakat ini, siasatan mendapati kes ini tiada unsur jenayah dan diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tingkat-8-hospital

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.128591 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list