Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Abul Ahwas, daripada Syabib bin Gharqadah, daripada Sulaiman bin Amru bin Al Ahwasy, daripada ayahnya (Amru bin Al Ahwasy),
"Rasulullah s.a.w. bersabda pada saat haji wada (haji perpisahan),
"Ketahuilah bahawa seseorang penjenayah tidak melakukan jenayah, melainkan dia sendiri yang menanggungnya.
Dosa jenayah bapa tidak ditanggung oleh anak. Dosa jenayah anak tidak ditanggung oleh bapa."
(Hadith Ibnu Majah no. 2659)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|