View: 897|Reply: 1
|
Penumpang Kecewa Harga Tambang Mahal, Pemandu Grab Tampil Berikan Jawapan
[Copy link]
|
|
Sebelum ini, ramai penumpang meluahkan rasa kekecewaan mereka kerana harga tambang Grab sekarang menaik, dan ada penumpang sekarang sudah kembali menggunakan perkhidmatan teksi bermeter kerana tidak tahan dengan harga e-hailing itu.
kredit foto: Vulcan
Petikan dari Wiser, baru-baru ini Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia iaitu Jose Rizal berkata peningkatan kadar tambang itu perlu dilihat secara menyeluruh dari setiap aspek termasuk waktu puncak.
Difahamkan, kadar tambang perkhidmatan e-hailing adalah dinamik berikutan kadarnya yang selalu berubah angin kerana kekurangan pemandu melebihi permintaan dari penumpang. Tambahan pula, pemandu e-hailing sekarang ini tidak boleh memperbaharui "roadtax" e-hailing di poslaju dan UTC, tetapi hanya boleh buat di pejabat JPJ sahaja.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata kementeriannya akan berbincang dengan pengendali e-hailing untuk menjawab aduan pengguna, mereka perlu menjawab dan bagi justifikasi tentang kenaikkan harga di e-hailing itu. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
based on apa yg dishare kt atas tu, alasan Grab naik harga sbb x ramai pemandu part timer dah mcm dulu.. sbb kene renew roadtax kt JPJ... tu jer?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|