View: 568|Reply: 0
|
Tok Gajah mahu tampil lebih gagah
[Copy link]
|
|
PEMAIN JDT, Bergson Da Silva (tengah) dikawal dua pemain Sri Pahang, Sharul Nizam (kiri) dan David William di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Kuantan: Pengurusan Kelab Bolasepak Sri Pahang FC (SPFC) mahu prestasi lebih baik dipersembahkan pasukan sebaik saingan Liga Super bersambung pada 18 Jun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, berada di tangga ketujuh liga ketika ini belum lagi pada kedudukan selamat.
"Sebaiknya, tempoh rehat panjang diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkemas dan memperbaiki segala kelemahan. Sebaik barisan kejurulatihan dan pemain kembali menjalani latihan Rabu ini, saya harap mereka tampil lebih bersemangat. "Fokus utama ialah untuk mempertajamkan lagi jentera serangan serta pertahanan perlu lebih kebal," katanya.
Selepas lapan perlawanan, skuad kendalian Christophe Gamel berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip lapan mata.
Mengulas penampilan barisan pemain muda yang semakin meningkat, Mohammed Suffian gembira dengan peningkatan prestasi dipersembahkan.
Katanya, sebagai pemain muda terutama yang kali pertama bersama dalam saingan Liga Super musim ini, mereka berjaya membalas kepercayaan itu.
"Jika kekal dengan prestasi terbaik itu, saya percaya mereka boleh berada dalam kesebelasan utama seperti dipersembahkan ketika seri 2-2 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) 18 Mei lalu.
"Pada masa sama, mereka adalah anak jati Pahang yang diharap mampu membantu Sri Pahang beroleh kejayaan," katanya.
Antara pemain muda berkenaan ialah Mohammad Saiful Jamaluddin, Hasnul Zaim Zafri, Muhammad Syaahir Saiful Nizam, Muhammad Nur Izzat Che Awang dan Muhammad Sharul Nizam Mohd Nadzir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -tampil-lebih-gagah |
|
|
|
|
|
|
| |
|