View: 621|Reply: 0
|
Luqman minta maaf gagal sempurnakan penalti
[Copy link]
|
|
LUQMAN Hakim Shamsudin (kiri) memohon maaf gagal sempurnakan sepakan penalti ketika menentang Indonesia, semalam. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Hanoi: Selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti, penyerang skuad Bawah 23 (B-23) negara, Luqman Hakim Shamsudin tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia apabila terlepas gangsa di Sukan Sea Vietnam.
Menurut Luqman, dia dan rakan berazam untuk menebus kekecewaan itu di Kejuaraan AFC Bawah 23 (B-23) di Uzbekistan Jun depan.
"Jadi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, juga kepada kedua ibu-bapa saya kerana tidak dapat pingat gangsa ini.
"Insya-Allah, kami akan memberikan keputusan lebih baik dalam Kejohanan AFC nanti," katanya yang menyifatkan belum ada rezeki buat Malaysia di temasya dwitahunan berkenaan.
Luqman mengalami kekecewaan dua kali di temasya rantau Asia Tenggara ini apabila turut mengalami nasib sama ketika menyertai pasukan negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee di Sukan Sea Manila 2019.
Selepas aksi penentuan pingat gangsa di Stadium Nasional My Dinh, semalam yang menyaksikan Malaysia tumpas 3-4 menerusi penentuan penalti kepada Indonesia, dia menyeru rakan sepasukannya bangkit daripada kekecewaan dengan mengalih tumpuan kepada saingan di Uzbekistan.
"Kecewa, sedih semua ada terutama selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti. Belum ada rezeki untuk saya dan rakan sepasukan menang pingat gangsa.
"Kami akan bangkit dengan lebih kuat dan akan fokus kepada Kejohanan AFC (Piala Asia B-23 di Uzbekistan bulan depan) nanti," kata pemain yang berkelana di Eropah itu bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.
Kegagalan Luqman dan Hadi Fayyadh Abdul Razak menyempurnakan sepakan di penentuan penalti menghadiahkan pingat gangsa kepada Indonesia meskipun pasukan kendalian Brad Maloney menguasai hampir keseluruhan permainan.
Pada Kejuaraan AFC B-23 nanti, skuad negara diletakkan dalam kumpulan 'maut' bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam yang bakal membuka tirai pada 2 Jun depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sempurnakan-penalti |
|
|
|
|
|
|
| |
|